Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Pembangunan perlu ambil kira keselesaan rakyat - Anwar Ibrahim


Tarikh kemaskini: 29/06/2019





SUNGAI PETANI, 29 Jun (Bernama) -- Setiap usaha kerajaan untuk pembangunan negara ini perlu mengambil kira keselesaan rakyat supaya tidak menjejaskan kebajikan mereka.

Mengambil contoh isu pencemaran udara yang berlaku di Johor Bahru baru-baru ini, Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pembangunan kilang mudah dibangunkan di situ namun kesihatan rakyat terjejas dengan pembangunan berkenaan.

"Pengalaman kita di Johor kita bangunkan dengan mudah, (tetapi) ada pencemaran (sehingga) kesihatan anak-anak kita terjejas. Jangan sambil kita bangun, kita robohkan. Apa yang kita bangunkan? Kilang, apa yang kita robohkan? Kesihatan anak-anak kita. 

"Oleh itu, sekarang ini kita teliti, supaya tumpu perhatian kepada pembangunan tetapi jangan abaikan keselesaan hidup rakyat,” katanya ketika berucap pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Keadilan Kedah dan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Bakar Arang.

 Turut hadir Adun Bakar Arang merangkap Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Masyarakat Cina dan Siam, Sains dan Teknologi, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar Kedah Ooi Tze Min dan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Kedah Datuk Johari Abdul.

Pada 20 Jun lepas, media melaporkan seramai 15 pelajar Sekolah Agama Taman Mawar, Pasir Gudang, Johor Bahru mengalami simptom muntah-muntah dan sesak nafas selepas terdedah dengan pencemaran udara di kawasan itu.   

Sementara itu, Anwar berkata kerajaan di bawah pimpinan Pakatan Harapan (PH) perlu memberikan tumpuan utama kepada usaha menyelesaikan masalah rakyat terlebih dahulu dan bukannya hanya soal politik semata-mata.

"Kena ingat apa saja perubahan mesti sentuh hati rakyat dan kehidupan rakyat," katanya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

JAS Johor pergiat pemantauan di sungai tercemar, kritikal di Pasir Gudang

 
     

Libatkan nama bekas MB sebagai calon PH Tanjung Piai, cubaan gugat keharmonian PH

 
     

Kastam Kelantan rampas pil kuda bernilai RM2.7 juta

 
     

Penjawat awam Kedah dapat bayaran khas RM750

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel