Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Akses peniaga mikro di S'gor kepada pembiayaan MARA akan ditingkatkan - MB Sgor


Tarikh kemaskini: 29/06/2019




SEPANG, 29 Jun (Bernama) -- Kerajaan negeri Selangor sedang berbincang dengan Kementerian Pembangunan Luar Bandar untuk melihat cara meningkatkan akses usahawan mikro dalam negeri kepada kemudahan pembiayaan menerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) bagi mengembangkan perniagaan masing-masing.

Menteri Besar Selangor Amirudin Shari berkata pembiayaan menerusi MARA itu penting bagi usahawan berkenaan memandangkan had pembiayaan yang diterima menerusi dua inisiatif Selangor iaitu  Dana Usahawan Mikro Selangor dan Dana Hijrah adalah terhad.

"Bagi pengusaha-pengusaha Industri Kecil dan Sederhana (IKS), kita bantu mereka secara berterusan sama ada menerusi Dana Usahawan Mikro ataupun Dana Hijrah. Kami sedang meneliti lagi produk-produk keusahawanan di peringkat pusat yang mana sebelum ini akses kita terhad," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas merasmikan majlis pelancaran Festival Kebudayaan dan Warisan sempena Tahun Melawat Sepang 2020 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini.

Turut hadir Yang Dipertua Majlis Perbandaran Sepang, Mohd Fauzi Mohd Yatim dan Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airports Holdings Bhd. (MAHB) Raja Azmi Raja Nazuddin.

Sementara itu Raja Azmi dalam ucapannya di majlis itu berkata pada tahun 2018, peratusan penumpang yang menggunakan perkhidmatan lapangan terbang kendalian MAHB meningkat 2.5 peratus, di mana 99 juta penumpang telah menggunakannya pada tahun lepas berbanding 96.6 juta pada tahun 2017.

Katanya Malaysia Airports turut giat mempromosikan negeri Selangor pada tahun lepas menerusi program 'Joyful Malaysia@KLIA&KLIA2' yang menyajikan pelbagai perisian menarik mengenai negeri itu termasuk persembahan tradisional dan demonstrasi kebudayaan.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Dr Md Farid pemimpin muda yang komited bawa idea pembaharuan dalam kerajaan - Aminolhuda

 
     

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     

Michael Wong Duta Pelancongan Perak

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel