Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

APMM pohon kerjasama Thailand kesan nelayan hilang


Tarikh kemaskini: 29/06/2019





PASIR PUTEH, 29 Jun (Bernama) -- Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kelantan memohon kerjasama Polis Diraja Thailand untuk membantu agensi itu mengesan seorang nelayan, Muhamad Afandi Mohamed, 29, dari Bachok yang dikhuatiri lemas, sejak Rabu lepas.

Pemangku Pengarah APMM Kelantan, Komander Maritim Ismail Hamzah berkata pihaknya telah menghubungi cawangan agensi keselamatan Thailand itu yang berpangkalan di Tak Bai, Narathiwat pada Khamis lepas bagi bantuan berkenaan.

“APMM sudah memaklumkan kepada Polis Diraja Thailand untuk memohon kerjasama mereka melaporkan kepada APMM jika menjumpai mayat di perairan mereka. Ini berikutan jarak tempat mangsa dilaporkan hilang dengan perairan Thailand adalah kira-kira 50 batu nautika,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Muhamad Afandi dilaporkan keluar ke laut pada pukul 4.00 pagi sejak Rabu lepas secara bersendirian dan bot miliknya dijumpai terapung-apung oleh nelayan lain kira-kira lima jam kemudian.Keluarga Muhamad Afandi kemudian membuat laporan kepada APMM berhubung kehilangan mangsa.

Beliau berkata, operasi mencari mangsa membabitkan kawasan 95 batu nautika persegi dengan menggunakan Bot Maritim  Penyelamat 7 dan Bot Maritim Kilat 28 dan turut disertai Pasukan Polis Marim (PPM) dengan menggunakan Bot  PAC 27 dan sebuah bot fiber Angkatan Pertahanan Awam  (APM).

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Sultan Perak berkenan berangkat ke Majlis Bersama Rakyat di Gopeng

 
     

7,000 murid KAFA cipta rekod MBOR, hasilkan peta minda terbanyak

 
     

HOSHAS catat sejarah pembedahan katarak terbesar dalam dua hari

 
     

Terapi seni penjara beri kesan positif pada banduan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel