Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

TLDM yakin kapal induk Liaoning tidak lalui selat perairan negara


Tarikh kemaskini: 29/06/2019





KUALA LUMPUR, 29 Jun (Bernama) -- Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yakin bahawa kapal induk Tentera Laut China, Liaoning tidak akan melalui selat antara kepulauan Malawali di Filipina dan perairan negara di Pantai Timur Sabah kerana laluan itu sempit dan berisiko.

Panglima TLDM Laksamana Datuk Mohd Reza Mohd Sany berkata, bagaimanapun, pihaknya tetap dalam keadaan berjaga-jaga terhadap sebarang pencerobohan yang tidak diingini.

"Laut itu luas, jadi saya sudah berhubung dengan kapal-kapal di luar sana supaya berjaga-jaga dan ambil perhatian sepenuhnya. Kalau ada kami akan tahu tetapi setakat ini tidak ada laporan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis rumah terbuka Aidilfitri TLDM, di sini, hari ini.

Sebelum ini, terdapat laporan media antarabangsa serta gambar satelit yang tular menunjukkan kapal induk itu berada berhampiran Laut China Selatan baru-baru ini, namun disangkal oleh TLDM kerana kekurangan bukti.

Pada Isnin lepas, TLDM mengesahkan tidak menerima laporan kehadiran kapal Liaoning di perairan negara.

Berikutan laporan itu, Panglima Armada Timur telah diarahkan untuk meningkatkan kawalan dan memberikan perhatian sepenuhnya di perairan itu terutamanya melibatkan kapal asing.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Agong, Raja Permaisuri berangkat ke majlis tahlil sempena Sambutan Hari Pahlawan

 
     

MA63: Anwar beri jaminan selesai secara baik bila tiba giliran jadi PM

 
     

Sekolah di Selangor boleh dapatkan topeng muka di pejabat daerah dan ADUN

 
     

Jerebu: JPBN Sarawak bersedia sekiranya diumum darurat jerebu

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel