Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Warga emas maut dalam kemalangan libatkan dua kenderaan


Tarikh kemaskini: 29/06/2019





SEREMBAN, 29 Jun (Bernama) -- Seorang warga emas maut manakala dua lagi cedera parah dalam kemalangan melibatkan dua buah kenderaan di Jalan Mantin-Seremban, Mantin, dekat sini, kira-kira pukul 1 tengah hari tadi. 

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Negeri Sembilan DSP Shaifulizan Sulaiman berkata kemalangan melibatkan sebuah Proton Iswara dan sebuah Toyota Vios. 

Mangsa yang maut dikenali sebagai Mohd Nor Anawar Din, 69 tahun, merupakan pemandu Proton Iswara, maut di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di kepala. 

“Siasatan awal mendapati Proton Iswara dari arah Pekan Mantin menuju ke Beranang, setibanya di Jalan Mantin-Seremban, kereta ini yang sedang bergerak terus dipercayai telah bertembung dengan kereta yang memasuki laluannya yang datang dari arah bertentangan. 

“Akibat kemalangan, pemandu Proton Iswara disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala penumpang yang dibawa seorang kanak-kanak berusia 4 tahun, dan pemandu Toyota Vios berusia 26 tahun, mengalami cedera parah,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini. 

Katanya mangsa yang cedera telah dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban untuk rawatan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Dr Md Farid pemimpin muda yang komited bawa idea pembaharuan dalam kerajaan - Aminolhuda

 
     

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     

Michael Wong Duta Pelancongan Perak

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel