Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

NAFAS laksana proses pemutihan keluasan padi elak ketirisan


Tarikh kemaskini: 29/06/2019




PASIR MAS, 29 Jun (Bernama) -- Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) kini sedang melaksanakan pemutihan jumlah keluasan padi di seluruh negara bagi mengelak ketirisan dan penyelewengan dalam agihan baja subsidi yang dibekalkan oleh pertubuhan itu.

Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah NAFAS Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi berkata pemutihan itu akan dilakukan oleh agensi berkaitan termasuk Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) dan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP).

“Ketika ini MADA sedang melakukan proses pemutihan bagi mengenal pasti keluasan tanaman padi (di kawasan mereka) dan kami berharap agar KADA dan LPP dapat melakukan tindakan sama bagi membantu kerajaan menangani masalah ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Reformasi Peladang Rantau Panjang di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Lati di sini, hari ini.

Media sebelum ini melaporkan ketiadaan data lengkap jumlah petani aktif dipercayai menyebabkan kerajaan kerugian jutaan ringgit setiap tahun akibat ketirisan dan penyelewengan dalam agihan subsidi baja.

Laporan itu turut menyebut walaupun kerajaan secara tetap menyalurkan subsidi dan insentif berjumlah RM1.9 bilion khususnya baja pada setiap tahun, namun pengeluaran per kapita padi negara menurun kepada 2,741 tan pada 2015, 2,740 tan pada 2016 dan 2,571 pada 2017.

Mengulas lanjut Phahrolrazi berkata NAFAS membekalkan baja subsidi berdasarkan permintaan yang diterima daripada agensi-agensi terlibat.

"Kami akui ada sesetengah penerima (pesawah) yang sudah tidak menanam padi dan mungkin tanah berkenaan sudah dibangunkan untuk perumahan dan sebagainya namun dalam rekod dia masih pesawah dan apabila terima baja mereka jual kepada kedai-kedai.

“Namun setakat ini kami belum mengambil tindakan keatas mereka yang menyalahgunakan (menjual) baja terbabit  kerana NAFAS bukan pasukan penguatkuasaan.

"Ia antara faktor menyebabkan ada pihak tertentu menggunakan kesempatan akibat kelemahan pengumpulan data," katanya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Johor umum bantuan khas kewangan sebulan gaji buat penjawat awam negeri

 
     

Cadang Pahang kenakan sewa tinggi kepada Lynas - ADUN Kemayan

 
     

UMT anjur majlis khas untuk graduan kehilangan ibu pada hari konvokesyen

 
     

Ahmad Zahid arah keluar RM17,953,185.21 bina bangunan Yayasan Akalbudi - saksi

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel