Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

ILP Ipoh terima 17 permohonan daripada anak Orang Asli untuk program TVET


Tarikh kemaskini: 29/06/2019





CAMERON HIGHLANDS, 29 Jun (Bernama) -- Institut Latihan Perindustrian (ILP) Ipoh menerima sebanyak 17 permohonan baharu daripada anak-anak Orang Asli menerusi program Latihan Teknikal dan Vokasional Malaysia (TVET).

Menteri Sumber Manusia M. Kula Segaran berkata setakat ini hanya lima anak Orang Asli sedang menuntut di ILP berkenaan yang menawarkan pelbagai bidang kemahiran sejajar dengan keperluan industri negara.

"Sistem pendidikan kita kini mengalami gelombang transformasi, kita bukan sahaja menekankan kecemerlangan akademik melalui keputusan cemerlang malah sudut kemahiran juga menjadi keutamaan disebabkan kesan gelombang Revolusi Industri 4.0.

"Hari ini seramai 17 anak-anak Orang Asli di sini telah menyatakan minat dan menghantar borang permohonan untuk memasuki ILP Ipoh," katanya pada Taklimat Program TVET Untuk Pelajar dan Ibu Bapa Masyarakat Orang Asli Pahang di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Prof Dr Juli Edo dan Pengarah ILP Cawangan Perak Jamil Yahya.

Kula Segaran turut menggalakkan golongan belia dan pelajar merebut peluang di bawah TVET agar masyarakat Orang Asli mampu berdaya saing bukan sahaja dalam negara malah di peringkat antarabangsa.

"Saya percaya tidak mustahil masyarakat Orang Asli mampu berdaya saing seiring dengan pembangunan negara jadi gunakanlah masa dan peluang yang disediakan sebagai langkah untuk memperkasakan kehidupan ke arah yang lebih baik," katanya.

Pada majlis itu, seramai 24 murid Sekolah Kebangsaan Terisu menerima sumbangan beg sekolah yang disampaikan Kula Segaran.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Projek pembinaan WCE mampu lonjakkan pembangunan ekonomi Selangor

 
     

Lelaki warga New Zealand dijumpai mati di jeti marina Labuan

 
     

22 buah sekolah di Parlimen Bagan dibaik pulih dengan peruntukan dianggar RM10 juta

 
     

Pentadbiran kerajaan Selangor diwajib isytihar harta - MB

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel