Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Warga emas mangsa sindiket penipuan tiket loteri


Tarikh kemaskini: 29/06/2019





KUANTAN, 29 Jun (Bernama) -- Seorang warga emas kerugian RM4,500 selepas terjebak dalam penipuan tiket loteri tidak wujud yang didalangi warga asing. 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Supt Mohd Wazir Mohd Yusof berkata mangsa yang berusia 66 tahun mendakwa wang itu diberikan kepada tiga warga asing termasuk seorang wanita. 

Mangsa yang merupakan seorang peneroka mendakwa dihampiri suspek semasa sedang membeli barang keperluan di sebuah pasar raya di Jerantut, dekat sini sekitar 10.45 pagi Khamis lalu. 

"Mangsa mendakwa dua suspek menawarkan tiket loteri itu kepadanya sebagai jaminan untuk meminjam wang atas alasan perlu membayar bil perubatan ibu salah seorang suspek di hospital. 

Seorang suspek lelaki juga dikatakan berjanji akan berada di pasar raya sama pagi semalam (Jumaat) untuk memulangkan wang mangsa," katanya kepada pemberita di sini, hari ini. 

Mohd Wazir berkata mangsa yang difahamkan ‘mempercayai perjanjian lisan' itu telah menyerahkan wang tunai itu pada tengah hari Khamis, dan telah menunggu di tempat yang dijanjikan semalam, namun suspek tidak muncul. 

Sehubungan itu, mangsa membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jerantut semalam, dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan sebat dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan. 

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Gajah mati ditembak: tiga lagi didakwa

 
     

Jalan sekitar Ipoh ditutup sempena Rumah Terbuka Malaysia Deepavali 2019

 
     

Beruang matahari diselamatkan dari rumah panjang di Betong

 
     

Zaman persekolahan nakal tapi hormat ibu bapa, guru - KPN

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel