Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Kanak-kanak perempuan cedera akibat digigit anjing peliharaan jiran


Tarikh kemaskini: 29/06/2019





JOHOR BAHRU, 29 Jun (Bernama) -- Seorang kanak-kanak perempuan cedera parah di muka dan beberapa bahagian badan akibat digigit seekor anjing peliharaan jirannya dalam kejadian di Taman Makmur, Endau dekat Mersing, dua hari lepas.

Ketua Polis Daerah Mersing Supt Cyril Edward Nuing berkata kejadian berlaku kira-kira 7.30 malam ketika kanak-kanak berumur 11 tahun itu sedang bermain di rumah jirannya.

“Kejadian dipercayai berlaku setelah tali rantai pengikat anjing itu tercabut. Anjing tersebut yang merupakan anjing baka campuran, bertindak menggigit bahagian muka dan beberapa bahagian badan mangsa,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata kanak-kanak itu dibawa ke Hospital Rompin, Pahang untuk rawatan awal, sebelum keluarganya kemudian menghantarnya ke hospital pakar untuk rawatan lanjut.

Katanya siasatan awal mendapati pemilik anjing berkenaan tidak mempunyai sebarang permit atau lesen untuk memiliki anjing itu dan kes tersebut disiasat lanjut mengikut Seksyen 289 Kanun Keseksaan kerana kecuaian berkenaan dengan haiwan.

Pihak veterinar juga sedang menyiasat dan memantau sama ada anjing tersebut mempunyai sebarang penyakit berjangkit, katanya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Agong, Raja Permaisuri berangkat ke majlis tahlil sempena Sambutan Hari Pahlawan

 
     

MA63: Anwar beri jaminan selesai secara baik bila tiba giliran jadi PM

 
     

Sekolah di Selangor boleh dapatkan topeng muka di pejabat daerah dan ADUN

 
     

Jerebu: JPBN Sarawak bersedia sekiranya diumum darurat jerebu

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel