Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Kerja keras dan azam kuat bawa kejayaan dalam hidup, nasihat KM P.Pinang


Tarikh kemaskini: 29/06/2019





GEORGE TOWN, 29 Jun (Bernama) -- Kerja keras serta yang azam kuat akan memberikan kesan yang amat ketara dalam pencapaian seseorang itu dalam hidupnya, kata Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow.

Beliau berkata semasa melalui liku-liku kehidupan, kerja keras dan azam sudah pastiakan membolehkan anak muda membina laluan sendiri ke arah kesejahteraan dan kejayaan dalam kehidupan.

"Tidak perlu takut dalam menghadapi sebarang cabaran, hadapi ia dengan tabah dan penuh harapan, saya sendiri katakan menerusi pengalaman saya sendiri, yang bermula dari bawah, tidak pernah terlintas di hati saya bahawa satu hari nanti saya akan menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang,” katanya

Dalam ucapannya di Majlis Konvokesyen ke-28 DISTED College di sini hari ini, beliau turut menyuarakan harapan agar generasi muda hari ini akan dapat memberikan sumbangan besar kearah menjadikan wawasan Pulau Punang 2030 sebagai satu realiti.

Konvokesyen itu menyaksikan 131 graduan dalam jurusan perniagaan, perakaunan, pengurusan hospitaliti, multimedia kreatif, teknologi maklumat, sains komputer dan pengajkian bahasa Inggeris menerima diploma dan sijil masing-masing. 

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Ubah suai program di IPT untuk kurangkan kadar pengangguran

 
     

MBM cadangkan supaya ijazah graduan protes ketika graduasi ditahan sehingga mohon maaf

 
     

PPIK - KPDNHEP bincang isu tarik kereta

 
     

Kes Letupan CityOne Megamall : Bicara pengarah mulai 28 Jan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel