Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Wanita maut, anak cedera kereta dinaiki bertembung lori di Segamat


Tarikh kemaskini: 29/06/2019





JOHOR BAHRU, 29 Jun (Bernama) -- Seorang wanita maut manakala anak perempuannya cedera selepas kereta yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lori di Jalan Segamat-Kuantan berhampiran Kampung Sepinang dekat Segamat, petang semalam.

Komander Operasi Penolong Bomba Kanan II Mansor Mohamad berkata mangsa, Chong Kah Ling, 35, meninggal dunia akibat tersepit di tempat duduk pemandu kenderaannya manakala anaknya, Gan Xue Roy, 9, berada di tempat duduk belakang pemandu.

“Pusat Gerakan Operasi Bomba Johor menerima panggilan kecemasan melalui talian MERS 999 pada 4.04 petang dan seterusnya menghantar sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Segamat bersama seorang pegawai serta sembilan anggota ke lokasi kejadian,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Mansor berkata semasa kejadian, kereta Honda Civic dinaiki dua beranak itu datang dari arah Segamat manakala lori pula dari Muadzam Shah, Pahang.

Beliau berkata bomba mengambil masa kira-kira setengah jam untuk mengeluarkan Chong dan anaknya sebelum mayat Chong diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut manakala anaknya dibawa ke Hospital Segamat untuk rawatan.

Katanya pemandu lori iaitu seorang lelaki, tidak mengalami sebarang kecederaan dan dia juga diserahkan kepada polis untuk siasatan lanjut.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Dr Md Farid pemimpin muda yang komited bawa idea pembaharuan dalam kerajaan - Aminolhuda

 
     

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     

Michael Wong Duta Pelancongan Perak

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel