Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Tinggal seorang pesakit dari Pasir Gudang masih dirawat di Hospital Sultan Ismail


Tarikh kemaskini: 28/06/2019





JOHOR BAHRU, 28 Jun (Bernama) -- Hanya seorang pesakit masih dirawat di Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini akibat masalah kesihatan seperti sesak nafas dan muntah-muntah yang dipercayai berpunca daripada pencemaran udara di Pasir Gudang.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kebudayaan dan Warisan Johor Mohd Khuzzan Abu Bakar berkata pesakit berkenaan yang merupakan seprang pelajar perempuan berumur 17 tahun, dimasukkan ke hospital itu sejak pagi Selasa lepas, dan keadaanya stabil.

"Sehingga pukul 12 tengah hari tadi, tiada pesakit baharu dimasukkan ke wad. Tiga orang telah dibenarkan keluar dari wad dan jumlah ini menjadikan pesakit yang berada di wad kini hanya tinggal seorang sahaja," katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata sehingga pukul 12 tengah hari tadi bacaan tahap kualiti udara di kawasan Pasir Gudang juga berada pada tahap baik, dan polis masih meneruskan sekatan jalan raya 24 jam di beberapa lokasi yang dikenal pasti sebagai akses utama keluar dan masuk ke kawasan Pasir Gudang.

Katanya Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) melalui pasukan Unit Bahan Berbahaya (HAZMAT) juga masih memantau tahap kualiti udara menggunakan gas analyser (GASMET) dalam radius pengesanan sejauh tujuh kilometer yang melibatkan 20 buah sekolah.

Menurut Mohd Khuzzan, orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan dan pengesahan maklumat berhubung masalah kesihatan yang dipercayai berkaitan pencemaran boleh menghubungi Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Gudang dengan menelefon 07-2513444 atau hubungi Pusat Gerakan Operasi Negeri JBPM Negeri Johor dengan menelefon 07-3310860 atau Pusat Kawalan Operasi Bencana 07-2511 024.

-- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

Agong, Raja Permaisuri berangkat ke majlis tahlil sempena Sambutan Hari Pahlawan

 
     

MA63: Anwar beri jaminan selesai secara baik bila tiba giliran jadi PM

 
     

Sekolah di Selangor boleh dapatkan topeng muka di pejabat daerah dan ADUN

 
     

Jerebu: JPBN Sarawak bersedia sekiranya diumum darurat jerebu

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel