Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Potensi Setiu Wetland sebagai pusat maklumat


Tarikh kemaskini: 28/06/2019





BANDAR PERMAISURI, 28 Jun (Bernama) -- Setiu Wetland di daerah Setiu, Terengganu berpotensi diperkembangkan sebagai pusat maklumat bagi tanah bencah selain dari kawasan pelancongan, kata Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC), Datuk Isham Ishak.

Katanya, Setiu Wetland, kawasan tanah bencah semula jadi terluas di Pantai Timur Semenanjung Malaysia itu, mempunyai ekosistem merangkumi air tawar, air payau dan air laut dengan pelbagai habitat unik seperti hutam gelam, hutan bakau dan laguna sepanjang 14 kilometer mengunjur dengan pasir pantai.

 “Justeru, kerjasama pelbagai pihak termasuk universiti tempatan dan badan bukan kerajaan turut memainkan peranan penting dalam menjalankan kajian yang lebih mendalam mengenai ekosistem semula jadi yang terdapat di Setiu Wetland.

“Semua pihak juga turut berperanan dalam memastikan di tahap mana tanah bencah tersebut diletakkan berbanding tanah bencah di tempat lain,” katanya kepada pemberita pada majlis Penyerahan Projek Pembangunan Setiu Wetland daripada MOTAC kepada Majlis Daerah Setiu, di sini, hari ini.

Turut hadir Exco Pelancongan negeri, Ariffin Deraman.

Sementara itu, majlis tersebut menyaksikan MOTAC menyerahkan projek pembangunan prasarana di Setiu Wetland seperti tandas awam, medan ikan bakar dan jeti yang bernilai RM3.6 juta kepada Majlis Daerah Setiu.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Gajah mati ditembak: tiga lagi didakwa

 
     

Jalan sekitar Ipoh ditutup sempena Rumah Terbuka Malaysia Deepavali 2019

 
     

Beruang matahari diselamatkan dari rumah panjang di Betong

 
     

Zaman persekolahan nakal tapi hormat ibu bapa, guru - KPN

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel