Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Persembahan kebudayaan meriahkan Sambutan Hari Afrika


Tarikh kemaskini: 28/06/2019





KUALA LUMPUR, 28 Jun (Bernama) -- Sambutan Hari Afrika yang diadakan di sini malam tadi diserikan dengan persembahan muzik  menghiburkan, selain pelbagai hidangan menarik daripada lebih 20 negara dan pameran produk serta persembahan kebudayaan yang menarik. 

Berlangsung di sebuah hotel di sini, sambutan di Malaysia diadakan sebulan kemudian daripada tarikh asal iaitu 25 Mei, berikutan Ramadan dan Aidilfitri.

Dianjurkan oleh 21 Ketua Misi Afrika di Malaysia, majlis itu dihadiri komuniti Afrika, diplomat asing, ekspatriat dan rakyat tempatan. 

Malaysia diwakili Menteri Sumber Manusia M. Kulasegaran.

Kebanyakan juadah yang dihidangkan di acara itu disediakan sendiri oleh pihak kedutaan. 

Sambutan tahun ini turut meraikan ulang tahun ke-56 penubuhan Pertubuhan Kesatuan Afrika (OAU) - yang menjadi asas kepada Kesatuan Afrika (AU) yang dianggotai 55 negara. 

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Sultan Perak berkenan berangkat ke Majlis Bersama Rakyat di Gopeng

 
     

7,000 murid KAFA cipta rekod MBOR, hasilkan peta minda terbanyak

 
     

HOSHAS catat sejarah pembedahan katarak terbesar dalam dua hari

 
     

Terapi seni penjara beri kesan positif pada banduan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel