Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Polis berkas 83 penagih dadah dalam Op Sarang khas


Tarikh kemaskini: 28/06/2019





KUANTAN, 28 Jun (Bernama) -- Polis menahan 83 penagih dadah termasuk enam wanita dalam Op Sarang Khas di sekitar Tanjung Lumpur di sini, yang bermula awal pagi tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Pahang Supt Lam Thiam Huat berkata mereka yang ditahan berusia antara 25 dan 65 tahun. Turut diberkas dua lelaki yang disyaki pengedar berusia 35 dan 50 tahun. 

"Kami juga menahan enam warga asing iaitu warga Thaland, Myanmar dan Indonesia juga atas kesalahan menagih dadah. Serbuan melibatkan kawasan belukar berhampiran sungai. 

"Selain itu, serbuan juga dilakukan di sekitar kawasan perumahan dan perkampungan di Tanjung Lumpur," katanya pada sidang media selepas tamat operasi di sini, hari ini. 

Lam berkata polis turut merampas 240.73 gram dadah heroin yang dianggarkan bernilai RM12,036.50 dan syabu dengan berat anggaran 12.53 gram bernilai RM1,879 selain menyita masing-masing sebuah kereta dan motosikal yang digunakan penagih.

Lam berkata dua suspek yang disyaki terlibat dalam pengedaran dadah disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan. 

Sementara itu, 77 suspek yang didapati positif dadah disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) akta sama dan sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM5,000 atau penjara tidak lebih dua tahun. 

Baki empat lagi suspek pula disiasat mengikut Seksyen 12(2) akta sama kerana memiliki dadah yang memperuntukkan  hukuman denda maksimum RM100,000 atau penjara maksimum lima tahun, jika sabit kesalahan. 

Lam berkata pihaknya akan memperbanyakkan rondaan dan operasi di kawasan itu ekoran terdapat aduan kawasan itu kembali menjadi tumpuan penagih walaupun setelah serbuan diadakan. 

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Gajah mati ditembak: tiga lagi didakwa

 
     

Jalan sekitar Ipoh ditutup sempena Rumah Terbuka Malaysia Deepavali 2019

 
     

Beruang matahari diselamatkan dari rumah panjang di Betong

 
     

Zaman persekolahan nakal tapi hormat ibu bapa, guru - KPN

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel