Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Polis buru empat lelaki pecah rumah simpanan abu mayat, curi barang dan wang tabung derma


Tarikh kemaskini: 28/06/2019





IPOH, 28 Jun (Bernama) -- Polis sedang menjejaki empat lelaki suspek utama kes pecah rumah, curi wang tabung derma dan barang milik mayat di rumah simpanan abu mayat di Kubur Cina Jalan Kuala Dipang-Kampar, dekat sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kampar Supt Hasron Nazri Hashim berkata kejadian pada kira-kira pukul 7.50 pagi itu dipercayai menyebabkan kerugian dianggarkan mencecah RM1,000 melibatkan wang tabung serta barangan milik mayat seperti rokok, jam tangan dan lain-lain.

Hasron berkata kejadian disedari seorang penjaga rumah itu yang juga anggota Persatuan Chinese Temple Kampar yang mendapati pintu besar dalam keadaan terbuka manakala kunci mangga pintu bangunan pagoda turut dipecahkan. 

“Lelaki itu kemudiannya masuk ke dalam bangunan berkenaan dan membuat pemeriksaan sebelum mendapati kunci mangga dua peti tabung yang mengandungi wang derma telah dipecahkan dan tabung dalam keadaan terbuka.

“Sebanyak 15 pintu peti simpanan abu mayat juga telah dipecahkan. Barang lain yang hilang tidak dapat dipastikan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Hasron berkata perbuatan empat suspek itu turut dirakam kamera litar tertutup (CCTV) dan hasil penelitian menunjukkan kesemua suspek masuk ke kawasan bangunan dan memecah kunci 'grill' dengan pemotong besi bersaiz besar.

“Setelah berjaya masuk ke dalam bangunan, suspek telah mengambil barang peribadi dalam almari abu mayat dan memecahkan tabung derma yang mengandungi wang bercampur-campur,” katanya.

Hasron berkata bagaimanapun nilai kerugian melibatkan barang peribadi mayat termasuk barangan palsu dan juga tulen tidak dapat dipastikan kerana barang-barang hilang itu adalah hadiah kepada mayat.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Kementerian Pendidikan akan kaji penggunaan alat permainan yang mampu asah minda kanak-kanak

 
     

FAMA rancang bangunkan tanah wakaf dengan tanaman durian

 
     

Kajian kebolehlaksanaan projek terowong dasar laut belum siap sepenuhnya - Chow

 
     

Geran usahawan hanya untuk yang benar-benar layak - Mohd Redzuan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel