Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

PBPM harap tindakan tegas diambil terhadap individu bekalkan kad keanggotaan palsu


Tarikh kemaskini: 28/06/2019





JERTIH, 28 Jun (Bernama) -- Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM) berharap pihak berkuasa dapat mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang disyaki membekalkan kad keanggotaan persatuan yang palsu kepada orang awam termasuk warga asing.

Presidennya, Hussin Awang berkata tindakan individu yang membekalkan kad keanggotaan palsu kepada warga asing seperti yang tular dalam aplikasi Whatsapp baru-baru ini telah memburukkan imej PBPM.

"PBPM tidak pernah mengeluarkan kad keanggotaan kepada mana-mana individu. Saya yakin ada sindiket yang melakukan aktiviti ini demi kepentingan peribadi.

"Kad keanggotaan PBPM hanya dikeluarkan di ibu pejabat kami di Sri Rampai, Kuala Lumpur. Mana-mana negeri dan cawangan tidak dibenarkan sama sekali untuk mengeluarkannya,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Baru-baru ini, satu mesej tular dalam aplikasi Whatsapp berkenaan dua warga asing yang ditahan oleh polis bantuan kerana mempunyai kad keanggotaan PBPM di Johor, yang mana kad keanggotaan itu dilaporkan dibeli melalui ejen dengan harga RM9,000.

Hussin berkata masalah pengeluaran kad keanggotaan telah beberapa kali berlaku sebelum ini namun kali ini yang pertama melibatkan warga asing.

"Tahun lepas ada negeri yang mengeluarkan kad keanggotaan sendiri dan kita telah mengambil tindakan disiplin ke atas mereka yang terlibat," katanya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Projek pembinaan WCE mampu lonjakkan pembangunan ekonomi Selangor

 
     

Lelaki warga New Zealand dijumpai mati di jeti marina Labuan

 
     

22 buah sekolah di Parlimen Bagan dibaik pulih dengan peruntukan dianggar RM10 juta

 
     

Pentadbiran kerajaan Selangor diwajib isytihar harta - MB

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel