Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Perbelanjaan pelancongan domestik catat RM92.6 bilion pada 2018


Tarikh kemaskini: 28/06/2019





PUTRAJAYA, 28 Jun (Bernama) -- Pelancongan domestik merekodkan jumlah perbelanjaan RM92.6 bilion pada 2018, meningkat 11.4 peratus berbanding RM83.1 bilion pada tahun sebelumnya.

Ketua Perangkawan Jabatan Perangkaan Malaysia Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata pertumbuhan itu dipacu oleh peningkatan perbelanjaan oleh pelancong  dan pelawat harian iaitu masing-masing merekodkan perbelanjaan sebanyak  RM60.41 bilion dan RM32.15 bilion.

"Membeli-belah mencatatkan peratus sumbangan tertinggi daripada keseluruhan jumlah perbelanjaan oleh pelawat domestik untuk perjalanan,” katanya dalam kenyataan hari ini berhubung laporan survei pelancongan domestik 2018.

Menurut Mohd Uzir, bilangan pelawat domestik meningkat kepada 221.3 juta pada tahun 2018  dengan pertumbuhan sebanyak 7.7 peratus.

"Dari segi volum jumlah perjalanan, pelawat domestik telah melakukan sejumlah 302.4 juta perjalanan di dalam negara di mana 40.6 peratus dari keseluruhan perjalanan adalah bagi tujuan melawat saudara-mara dan rakan," katanya.

Beliau berkata trend itu adalah selari dengan budaya penduduk Malaysia yang pulang ke kampung pada musim perayaan.

Mohd Uzir berkata Selangor adalah negeri paling ramai dikunjungi oleh pelawat domestik pada 2018 iaitu  seramai 30.2 juta, diikuti Sabah (20.4 juta), Sarawak (19.4 juta), Kuala Lumpur (19.2 juta) dan Pahang (18.1 juta).

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Kepelbagaian masyarakat seharusnya jadi kekuatan negara - MB Pahang

 
     

Kepelbagaian kaum dan budaya di Sarawak lambang perpaduan rakyat

 
     

Terenggau muncul juara Ragbi 7 sepasukan Kebangsaan 2019

 
     

Pelancong tertumpu di kawasan yang tertutup akibat jerebu

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel