Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Harga RON95 dan diesel kekal, RON 97 naik 11 sen


Tarikh kemaskini: 28/06/2019





KUALA LUMPUR, 28 Jun (Bernama) -- Harga runcit petrol RON95 dan diesel masing-masing kekal pada RM2.08 dan RM2.18 seliter manakala harga RON97 pula RM2.49 seliter, naik 11 sen bagi tempoh 29 hingga 5 Julai.

Kementerian Kewangan dalam kenyataan hari ini memaklumkan pengekalan harga runcit RON95 dan diesel itu adalah selaras dengan keputusan kerajaan bagi menstabilkan harga runcit petroleum selain mengurangkan kos sara hidup rakyat.

Menurutnya, berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum menggunakan Mekanisme Harga Automatik (APM), RON95 dan diesel bagi tempoh itu masing-masing sepatutnya dijual pada harga RM2.19 serta RM2.28 seliter.

“Namun harga runcit bagi kedua-dua produk dikekalkan pada paras RM2.08 (RON95) seliter dan RM2.18 (diesel) seliter,” katanya.

Menurut kementerian itu, anggaran subsidi yang perlu ditanggung oleh kerajaan bagi RON95 dan diesel dalam tempoh yang sama berjumlah RM75.16 juta.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Henry Golding tersenarai dalam Time 100 Next

 
     

Produk plastik satu daripada industri paling rancak di Malaysia - Dr Ong

 
     

Gajah mati ditembak: tiga lagi didakwa

 
     

Jalan sekitar Ipoh ditutup sempena Rumah Terbuka Malaysia Deepavali 2019

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel