Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Kapal dagang bawa 22 kru ditahan kerana bersauh tanpa kebenaran


Tarikh kemaskini: 28/06/2019





MELAKA, 28 Jun (Bernama) -- Sebuah kapal dagang MT Nautica Batu Pahat yang membawa 22 kru dari kalangan warga tempatan dan juga warga pelbagai negara luar, ditahan kerana bersauh tanpa kebenaran di kedudukan kira-kira 2.8 batu nautika Barat Daya Bandar Hilir di sini, kira-kira pukul 7.00 petang semalam.

Pengarah Maritim Negeri Sembilan dan Melaka Kapt Maritim Amran Daud berkata siasatan awal mendapati kapal yang berdaftar di Port Klang itu gagal menunjukkan dokumen kebenaran bersauh dari Pengarah Jabatan Laut.

Beliau berkata semua mereka yang berumur antara 27 dan 35 tahun itu ditahan oleh anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) yang sedang melaksanakan rutin operasi harian, selepas kapal yang bersauh di perairan Melaka itu didapati gagal mengemukakan surat kebenaran bersauh.

"Jika didapati bersalah mereka yang ditahan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Amran berkata siasatan lanjut akan dilakukan mengikut Seksyen 491B (1)(I) Ordinan Perkapalan Saudagar (MSO) 1952, dan menurutnya penahanan kapal itu merupakan kes kesembilan yang disiasat di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 pada tahun ini.

Beliau seterusnya meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan jenayah dan kecemasan di laut supaya menghubungi pusat operasi Maritim dengen menelefon 06-3876730 atau hubungi MERS 999 yang beroperasi secara 24 jam.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     

Michael Wong Duta Pelancongan Perak

 
     

740 membida nombor pendaftaran kenderaan siri ALL setakat petang ini

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel