Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Pesta Durian Pulau Pinang dijangka tarik 50,000 pengunjung


Tarikh kemaskini: 28/06/2019





GEORGE TOWN, 28 Jun (Bernama) -- Penang Durian Fest, pesta durian tahunan Pulau Pinang yang akan diadakan dari 5 hingga 7 Julai ini di Tapak Ekspo Seberang Jaya dijangka menarik kira-kira 50,000 orang pengunjung, kata Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Dr Afif Bahardin hari ini.

Beliau berkata, pengunjung bukan sahaja dari seluruh negeri malah dari kalangan penggemar raja buah itu di negeri-negeri jiran di utara Semenanjung dan acara ini merupakan usaha Kerajaan Negeri untuk mempromosikan buah tempatan sebagai menambah pulangan ekonomi negeri.

“Sejak tahun lepas, Penang Durian Fest telah berjaya menjadikan Pulau Pinang sebagai hab penting buah durian yang harganya bukan sahaja berpatutan tetapi juga berkualiti tinggi,” katanya pada sidang media untuk mempromosikan pesta itu.

Beliau berkata pelbagai jenis durian disediakan untuk Penang Durian Fest tahun ini antaranya Musang King, Hati Merah, Kapri, Labu, Udang Merah dan Duri Hitam yang  ditawarkan pada harga antara lima dan 20 peratus lebih rendah berbanding harga pasaran.

Beberapa pertandingan seperti durian klon terbaik, juara durian wilayah utara, durian kampung terbaik, pengat dan jus durian akan diadakan sepanjang pesta itu.

Mereka yang berminat untuk memasuki pertandingan ini boleh menghubungi Jabatan Pertanian Pulau Pinang di talian 04-5372144.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Aloysious Jounoh usahawan roti tempatan di Tuaran

 
     

Kementerian Pendidikan siap sedia hadapi banjir

 
     

Kos beli vaksin untuk pendatang asing akan diumumkan nanti

 
     

Perpaduan sebenar tidak kenal fahaman politik, amalan kepercayaan - Daud Yusof

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel