Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

'Badang' Terengganu gah di kejohanan kebangsaan


Tarikh kemaskini: 28/06/2019




KUALA TERENGGANU, 28 Jun (Bernama) -- Skuad angkat berat Terengganu menampilkan aksi cemerlang apabila muncul juara keseluruhan Kejohanan Junior dan Senior Kebangsaan 2019 Sirkit 1 yang berakhir di Kuching, semalam.

Pada kejohanan disertai 118 atlet daripada 13 pasukan negeri di pusat beli belah The Spring itu, Terengganu mengungguli carta kedudukan pingat setelah memenangi keseluruhan 24 pingat emas, 24 perak dan sembilan gangsa.

Tempat kedua diraih kontinjen Sabah, manakala Sarawak di tempat ketiga.

Lebih membanggakan, lima ‘badang’ Terengganu berjaya meleburkan lima rekod kebangsaan pada kejohanan lima hari itu.

Presiden Persatuan Angkat Berat Terengganu, Mohd Shafaruddin Mustaffa berkata, rekod baharu itu dilakar dalam kategori 109kg menerusi Norfarhan Ideris; Muhammad Azfar Kamaruddin (81kg); Syahir Mat Tera (96kg); Muhammad Ikram Haikal Muhammad Zuari (73kg); dan Muhammad Saiful Irfan Abd Rahim (73kg).

“Norfarhan memperbaharui rekod acara 'clean & jerk' dengan angkatan 177kg manakala Muhammad Azfar juga dalam acara sama dengan angkatan 164kg,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Syahir pula memperbaharui rekod acara 'clean & jerk' dengan angkatan bebanan 156kg, sementara Muhammad Ikram Haikal menerusi acara 'snatch' dengan angkatan 122kg.

"Rekod kelima pula dicipta melalui Muhammad Saiful Irfan dalam acara 'clean & jerk' dengan angkatan 160kg,” katanya.

 -- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Gajah mati ditembak: tiga lagi didakwa

 
     

Jalan sekitar Ipoh ditutup sempena Rumah Terbuka Malaysia Deepavali 2019

 
     

Beruang matahari diselamatkan dari rumah panjang di Betong

 
     

Zaman persekolahan nakal tapi hormat ibu bapa, guru - KPN

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel