Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Pemandu traktor maut tersepit


Tarikh kemaskini: 28/06/2019





BATU PAHAT, 28 Jun (Bernama) -- Seorang lelaki warganegara Indonesia maut selepas tersepit dalam traktor yang dibawanya selepas ia terbalik di Batu 10, berhampiran Parit Ya’ani, Yong Peng, di sini, hari ini.

Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan II Khairul Nizam Aresay berkata mangsa yang berusia 31 tahun itu dikenali sebagai Tuswanto berdasarkan pengenalan diri yang ditemui bersamanya.

Menurut beliau, pihaknya menerima panggilan sekitar 10.38 pagi dan kemudiannya sebuah jentera dengan kekuatan lima anggota dikejarkan ke tempat kejadian.

“Setibanya di lokasi, pihak kami menemui sebuah traktor yang telah terbalik dan mendapati seorang lelaki yang merupakan pemandu traktor terbabit telah tersepit.

“Hasil pemeriksaan, lelaki yang berasal dari Cilacap, Bogor, Indonesia, ini telah meninggal dunia akibat kecederaan yang dialami,” kata beliau dalam kenyataan di sini hari ini.

Mayat mangsa kemudiannya berjaya dikeluarkan dalam masa dua minit setelah anggota bomba tiba di lokasi, sebelum diserahkan ke pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

OKU mengaku tidak salah lakukan amang seksual terhadap anak kandung

 
     

Anggota JPJ Terengganu menyamar penumpang bas ekspres

 
     

Kedah perkasa kedudukan dalam industri kertas teknologi hijau

 
     

Wabak coronavirus tidak jejas tahun melawat Johor -- Exco pelancongan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2020 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel