Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Peniaga durian akan dipusatkan di parkir Stadium Indera Mulia


Tarikh kemaskini: 28/06/2019





IPOH, 28 Jun (Bernama) -- Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) akan memusatkan peniaga buah durian di sekitar bandar raya ini di tempat letak kereta Stadium Indera Mulia di sini mulai hari ini.

MBI dalam kenyataan hari ini berkata ia bagi memudahkan para penggemar buah durian untuk membeli dan menikmati buah durian di lokasi yang lebih strategik dan selamat.

“Sehubungan dengan itu, MBI mempelawa peniaga durian untuk berniaga di tempat letak kereta Stadium Indera Mulia,” kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, MBI akan membuka Kaunter Sementara di stadium itu bagi memudahkan para peniaga durian mendapatkan permit untuk berniaga di lokasi berkenaan.

Peniaga-peniaga yang berminat boleh menghubungi Bahagian Pengurusan Penjaja di talian 05-2083297/98.

“MBI juga akan menyediakan tong sampah di kawasan berkenaan,” kata kenyataan itu.

Semalam, MBI dilaporkan telah merampas hampir 500 biji durian dalam operasi pemeriksaan dan penguatkuasaan berkaitan aktiviti menjual durian tidak berlesen di beberapa lokasi di sini sejak minggu lepas.

Tindakan penguatkuasaan itu diambil setelah nasihat yang diberikan sebelum ini supaya berpindah ke tempat yang selamat bagi mengelakkan berlakunya masalah kesesakan lalu lintas selain perlu mendapatkan permit tidak diendahkan peniaga-peniaga terbabit.

Video berdurasi 67 saat dan beberapa gambar menunjukkan sepasukan penguatkuasaan MBI merampas buah durian dan khemah peniaga dalam satu operasi di Jalan Sultan Nazrin Shah berhampiran Hentian Limau Tambun turut tular di media sosial mulai semalam.

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

Kerajaan PH akan terus laksana polisi beri manfaat pada rakyat

 
     

Seramai 70 peserta sertai Raleigh Borneo Expedition 2019

 
     

Rosmah pohon jaminan kos RM500,000 daripada syarikat barang kemas Lubnan

 
     

Separuh penjawat awam terlibat rasuah adalah golongan muda

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel