Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

12 lagi kes disyaki chikungunya dicatatkan di daerah Kota Setar


Tarikh kemaskini: 27/06/2019





ALOR SETAR, 27 Jun (Bernama) -- Dua belas lagi kes disyaki chikungunya dicatatkan di Kota Setar, menjadikan jumlah keseluruhan sehingga kini seramai 35 individu yang disyaki mengidap penyakit berkenaan, selepas dikesan mempunyai tanda-tanda demam, sakit sendi yang teruk dan ruam.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kedah, Datuk Dr Norhizan Ismail berkata sembilan kes dicatatkan di deretan kedai berhampiran City Plaza, di sini, manakala tiga kes lagi dicatatkan di Simpang Kuala.

“Dengan penambahan itu, 28 kes telah dicatatkan di City Plaza manakala tujuh kes di Simpang Kuala, namun semua pesakit berada dalam keadaan stabil.

“Walaupun terdapat penambahan kes, siasatan menunjukkan bahawa kesemua kes telah terdedah kepada jangkitan berkenaan sebelum aktiviti kawalan dilaksanakan,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata aktiviti kawalan vektor di Simpang Kuala yang bermula Selasa lalu diteruskan semalam dan sebanyak 71 premis di sekitar kawasan tersebut diperiksa.

“Daripada jumlah itu, sebanyak lapan kompaun telah dikeluarkan di bawah Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975 dengan nilai RM4,000 berkaitan pembiakan nyamuk Aedes telah dikeluarkan kepada pemilik premis,” katanya.

Katanya, orang ramai yang mempunyai gejala demam dan sakit sendi terutama penduduk di kawasan Jalan Tunku Ibrahim sekitar City Plaza dan Simpang Kuala dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan lanjut di pusat kesihatan yang berdekatan. 

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Iikan lumba-lumba terdampar diselamatkan pelajar UMT

 
     

JIM tumpas penipuan dalam talian warga China di Ipoh

 
     

Henti polemik isu hak milik tanah kampung baharu - MB Perak

 
     

Yuran Kelab Berkuda, Rekreasi Rakyat Parlimen Shah Alam hanya RM50

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel