Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Politeknik Kota Kinabalu terima kemasukan 864 pelajar sesi Jun


Tarikh kemaskini: 27/06/2019




KOTA KINABALU, 27 Jun (Bernama) -- Politeknik Kota Kinabalu (PKK) menerima kemasukan 864 pelajar dalam pelbagai program yang ditawarkan bagi sesi Jun tahun ini.

Pengarahnya, Ts Zainab Othman berkata jumlah itu melebihi jumlah yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu 805 pelajar.

"Dijangkakan akan ada lagi pertambahan pelajar sehingga tarikh tutup pada 23 Julai ini. Peningkatan ini menunjukkan institusi Politeknik khususnya PKK antara pilihan utama sebagai tempat melanjutkan pengajian khususnya dalam bidang kemahiran," katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Penutup Minggu Suai Kenal (MSK) Pelajar Baharu Sesi Jun 2019 PKK yang disempurnakan oleh Menteri Pelajaran dan Inovasi Sabah Datuk Dr Yusof Yacob.

Zainab berkata kebolehpasaran graduan memperolehi pekerjaan yang sesuai selepas tempoh enam bulan tamat pengajian PKK pada Sesi Disember tahun lepas meningkat 96.5 peratus berbanding sasaran ditetapkan KPM pada 90 peratus. 

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Longuin Gilan gigih hasilkan kraftangan pada usia 70 tahun

 
     

Peguam keluarga Nora Anne hadir di Mahkamah Seremban bagi pengurusan kes

 
     

Pengerang jadi bandar pintar dalam tempoh lima tahun

 
     

Influenza: Dua kelas ditutup di Pulau Pinang

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2020 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel