Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Tong biru Kampung Desa Melayu kosong dan bersih, tiada sisa kimia - JAS


Tarikh kemaskini: 27/06/2019





Oleh Nur Fatin Mohmad Kadenen

JOHOR BAHRU, 27 Jun (Bernama) -- Penemuan tong-tong biru yang didakwa mengandungi sisa kimia di Kampung Desa Melayu semalam, dekat sini, disahkan kosong dan tidak mengandungi sebarang sisa kimia.

Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Johor Wan Abdul Latiff Wan Jaffar berkata pihaknya mendapati kesemua  34 buah tong plastik bersaiz 200 liter itu sebaliknya digunakan untuk membuat pelampung untuk rakit dan sangkar ikan.

“Pasukan penyiasat JAS telah menjalankan siasatan dan pemilik tong berkenaan juga dipanggil (untuk siasatan) bersama pihak polis, hasil siasatan mendapati terdapat 34 buah tong dan kesemua tong itu kosong dan tidak mempunyai sebarang sisa kimia.

“Tong berkenaan dibeli daripada sebuah syarikat dalam keadaan bersih dan tiada sebarang bau dikesan di sekitar kawasan,” katanya ketika dihubungi Bernama, di sini, hari ini.

Menurutnya, pemilik tong berkenaan yang merupakan warga tempatan, juga mempunyai rekod jual beli tong-tong berkenaan.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai laporan berita mengenai penemuan kira-kira 20 tong didakwa mengandungi sisa kimia  di Kampung Desa Melayu, semalam.

Mengulas mengenai cecair hijau yang ditemui di longkang Jalan Keluli 7 dekat Pasir Gudang, beliau berkata hasil siasatan mendapati cecair berkenaan merupakan lumut rumpai yang bercampur air dan sabun.

Menurutnya, cecair hijau itu terhasil daripada aktiviti mencuci sebuah tangki air yang telah kotor di dalam premis berkenaan.

“Tiada sebarang punca pencemaran bahan atau cecair kimia yang didapati dari bacaan air yang keluar dari longkang premis itu.

“Walau bagaimanapun, tiga persampelan air telah diambil dari punca (tangki air yang dicuci), outlet longkang kilang yang mengalirkan air ke sungai serta di sungai itu, dan seterusnya akan dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia untuk analisa,” katanya.

-- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

Agong, Raja Permaisuri berangkat ke majlis tahlil sempena Sambutan Hari Pahlawan

 
     

MA63: Anwar beri jaminan selesai secara baik bila tiba giliran jadi PM

 
     

Sekolah di Selangor boleh dapatkan topeng muka di pejabat daerah dan ADUN

 
     

Jerebu: JPBN Sarawak bersedia sekiranya diumum darurat jerebu

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel