OdZQ5bPXB9A Keldai dadah ditahan, 5.3 kilogram syabu dirampas
Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Keldai dadah ditahan, 5.3 kilogram syabu dirampas


Tarikh kemaskini: 27/06/2019





KOTA KINABALU,  27 Jun (Bernama) -- Cubaan seorang lelaki dipercayai keldai dadah untuk membawa masuk 5.3 kilogram syabu bernilai RM266,250 dari Kuala Lumpur gagal apabila ditahan polis sebaik sahaja tiba di Lapangan Terbang Tawau, Isnin lalu.

Suspek berusia 30-an itu mengaku bekerja sebagai keldai dadah dan menerima upah RM6,000 untuk setiap penghantaran bekalan dadah ke daerah tersebut.

Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Zaini Jass berkata, suspek ditahan oleh sepasukan anggota dan pegawai Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Tawau sebaik tiba dari Kuala Lumpur pada jam 3.45 petang.

“Hasil pemeriksaan terhadap bagasi yang dibawa oleh suspek mendapati terdapat lima bungkusan plastik bertulis ‘Big Bang Grilled Seaweed’ dan satu lagi bungkusan tertulis  ‘Chinese Tea Gift’.

“Apabila bungkusan itu dibuka, terdapat paket lutsinar berisi ketulan hablur dipercayai dadah jenis syabu seberat 5.3 kilogram,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

Beliau berkata siasatan awal mendapati suspek memperoleh bekalan dadah berkenaan dari Kuala Lumpur dan polis kini sedang menjalankan risikan lanjut untuk mengesan pembekal berkenaan.

Zaini berkata ujian saringan air kencing terhadap suspek mendapati lelaki itu positif dadah dan kini ditahan reman selama tujuh hari sehingga 1 Julai depan.

Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, katanya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Malaysia perlu rebut peluang bangun pelancongan mesra Muslim

 
     

Air terawat di Pulau Pinang antara paling bersih dan selamat di Malaysia

 
     

Sokongan keluarga, majikan cetus kejayaan penerima Anugerah Canselor

 
     

P. Pinang catat 384 kes rogol dari tahun 2014 hingga 2018

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel