nQ9a3Zys4rg Unjuran perniagaan Malaysia dijangka positif - tinjauan HSBC
Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Unjuran perniagaan Malaysia dijangka positif - tinjauan HSBC


Tarikh kemaskini: 27/06/2019





KUALA LUMPUR, 27 Jun (Bernama) -- Unjuran perniagaan Malaysia dijangkakan positif dalam tempoh terdekat, apabila 80 peratus perniagaan menjangkakan pertumbuhan dalam tempoh satu hingga dua tahun, demikian menurut tinjauan terbaharu HSBC. 

HSBC Malaysia Sdn Bhd dalam kenyataan menyebut dapatan kajian bertajuk ‘Navigator: Made for the Future’ mendapati 16 peratus pengeksport menjangkakan perniagaan mereka akan berkembang lebih lima peratus dalam tempoh itu dan 51 peratus lagi menjangkakan peningkatan tiga hingga lima peratus.

Ia berkata syarikat tempatan menjangkakan pertumbuhan akan dipacu oleh peningkatan atau asas pelanggan yang stabil (34 peratus) dan ketersediaan pembekal berkualiti serta bahan mentah (25 peratus). 

Daripada jumlah itu, permintaan (30 peratus) dianggap mengatasi purata global (22 peratus).

“Wujud keseimbangan yang jelas yang memihak mereka yang melihat lebih banyak peluang berbanding ancaman (50 peratus berbanding 16 peratus), dan satu pertiga melihatnya diimbangi dengan baik (34 peratus). 

“Bagaimanapun pesaing baharu dan prestasi pesaing (32 peratus) dilihat sebagai ancaman utama bagi perniagaan. Peratusan perniagaan yang merasakan keadaan ini di Malaysia adalah antara yang tertinggi dalam semua pasaran, dengan purata global pada kadar 25 peratus," katanya.

Tinjauan itu mendapati walaupun hampir kesemua (98 peratus) perniagaan Malaysia menganggap pentingnya inovasi, mereka juga melihat tiga halangan utama yang sama di seluruh dunia, iaitu kos (53 peratus), kurang kemahiran (34 peratus) dan pulangan pelaburan yang tidak menentu (32 peratus).

Ketua Pegawai Eksekutif HSBC Malaysia Stuart Milne berkata dengan meningkatkan produktiviti dan mengintegrasikan teknologi ke dalam model perniagaan mereka, syarikat-syarikat di Malaysia dapat meningkatkan kualiti barangan dan perkhidmatan dan memenuhi keperluan dan jangkaan asas pelanggan mereka dengan lebih baik.

"Perniagaan di Malaysia mengutamakan rakyat dalam perniagaan mereka lakukan, dengan 24 peratus syarikat Malaysia berkata mereka akan melabur untuk meningkatkan kemahiran tenaga kerja mereka untuk kejayaan masa depan.

"Berbanding pasaran lain di ASEAN, Malaysia mencatatkan paras tertinggi (26 peratus) memilih kemahiran dan pengalaman ke dalam perniagaan," kata Milne.

Tinjauan itu melibatkan lebih 2,500 perniagaan dengan perolehan sebanyak US$5 juta atau lebih dari 14 pasaran utama di dunia, termasuk 200 dari Malaysia.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Agong, Raja Permaisuri berangkat ke majlis tahlil sempena Sambutan Hari Pahlawan

 
     

MA63: Anwar beri jaminan selesai secara baik bila tiba giliran jadi PM

 
     

Sekolah di Selangor boleh dapatkan topeng muka di pejabat daerah dan ADUN

 
     

Jerebu: JPBN Sarawak bersedia sekiranya diumum darurat jerebu

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel