Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Kerjasama Umno, Pas hanya dendam Umno


Tarikh kemaskini: 27/06/2019




TANAH MERAH, 27 Jun (Bernama) -- Kerjasama Umno dan Pas lebih kepada dendam khususnya parti Umno selepas mengalami kekalahan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) kepada gabungan Pakatan Harapan (PH). 

Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri  (MPN) Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri Kelantan Datuk Seri Mohamad Suparadi Md Noor berkata rakyat harus melihat adakah gabungan terbabit untuk perjuangan Melayu atau sebagai matlamat selamatkan periuk nasi pemimpin parti yang terbabit. 

"Perlu ingat kedua-dua parti itu mempunyai ideologi dan fahaman berbeza serta matlamat politik mereka tidak akan ke mana-mana jika fahaman mereka tidak sehaluan.

"Jika benar gabungan itu untuk Melayu maka kita serahkan apa tindakan mereka seterusnya dan rakyat sendiri perlu membuat penilaian," katanya pemberita selepas merasmikan majlis Hari Potensi Tadikan Kemas Tanah Merah di Padang Sekolah Kebangsaan (SK) Gual Ipoh di sini, hari ini.

Mohamad Suparadi berkata kerjasama itu hanya dibincangkan diperingkat jawatankuasa tertinggi dan tidak secara menyeluruh.

"Ia hanya dibentangkan dalam Muktamar Pas begitu juga Umno hanya bercakap  perkara itu dalam ceramah-ceramah politik sahaja.

"Pada pandangan masyarakat ia masih tidak jelas dan setakat ini tiada perjanjian secara persefahaman secara rasmi," katanya.

Beliau berkata dengan gabungan itu juga mungkin akan berlaku perebutan kerusi antara Pas dan Umno.

"Kemungkinan akan berlaku perebutan kerusi di peringkat Parlimen dan di Kelantan sendiri saya yakin Pas tidak semudahnya akan menyerahkan kerusi yang mereka sandang kepada Umno sewenangnya.

"Begitu juga sebaliknya di peringkat pusat, Pas juga mungkin akan bertindak sebaliknya kerana mereka juga sebelum ini sudah lama keinginan membina sebuah kerajaan di peringkat pusat sendiri," katanya.

Katanya bagaimanapun PH perlu lebih bersiap sedia untuk pilihan raya akan datang dalam usaha memenangi hati rakyat.

"Mungkin sebelum ini, PH belum cukup sedia sepenuhnya di Kelantan namun untuk kali ini kami buktikan yang kami juga mampu menunjukkan kemampuan memimpin di negeri ini.

"Berilah kami masa kerana baru setahun sahaja PH memerintah dan jika tidak mampu tunai manifesto maka rakyat boleh buat keputusan dan memilih kerajaan yang mereka mahukan," katanya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Sultan Perak berkenan berangkat ke Majlis Bersama Rakyat di Gopeng

 
     

7,000 murid KAFA cipta rekod MBOR, hasilkan peta minda terbanyak

 
     

HOSHAS catat sejarah pembedahan katarak terbesar dalam dua hari

 
     

Terapi seni penjara beri kesan positif pada banduan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel