Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Warga emas didakwa bunuh buruh warga Indonesia


Tarikh kemaskini: 27/06/2019





 PETALING JAYA, 27 Jun (Bernama) -- Seorang warga emas didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan membunuh seorang buruh warga Indonesia di kawasan parkir motosikal Apartmen Desa Mentari, di sini 19 Jun lepas.

Mustari Maid, 61, hanya mengangguk tanda faham selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Majistret Mohamad Ikhwan Mohd Nasir.    

Tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada tertuduh kerana kesalahan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan adalah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.    

Mustari didakwa membunuh Idris, 45, di parkir motosikal berhadapan sebuah kedai plastik berdekatan Apartmen Desa Mentari di Jalan PJS 6/4, Sungai Way di sini pada  11.12 pagi, 19 Jun lalu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohammad Fakhrurrazi Abdul Salim manakala tertuduh tidak diwakili peguam.  

Mahkamah menetapkan 31 Julai  untuk sebutan semula kes.    

Pada 19 Jun lalu, Bernama melaporkan seorang lelaki warga Indonesia dilaporkan maut akibat ditikam menggunakan senjata tajam selepas minum pagi bersama rakannya.   

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Agong, Raja Permaisuri berangkat ke majlis tahlil sempena Sambutan Hari Pahlawan

 
     

MA63: Anwar beri jaminan selesai secara baik bila tiba giliran jadi PM

 
     

Sekolah di Selangor boleh dapatkan topeng muka di pejabat daerah dan ADUN

 
     

Jerebu: JPBN Sarawak bersedia sekiranya diumum darurat jerebu

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel