Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Kementerian sumber manusia cadang akta baharu untuk mantapkan peranan NIOSH


Tarikh kemaskini: 27/06/2019





BANGI, 27 Jun (Bernama) -- Kementerian Sumber Manusia mencadangkan supaya satu akta baharu diwujudkan bagi mengasingkan peranan Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (NIOSH) daripada Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH).

Menterinya, M. Kula Segaran berkata pengasingan itu perlu dibuat bagi NIOSH menumpukan peranan dalam pelaksanaan program latihan manakala DOSH bertanggungjawab dalam penguatkuasaan.

“Berdasarkan analisis yang dibuat, kementerian berpendapat akta ini mempunyai hala tuju yang baik namun kajian berkaitan sedang disiapkan sebelum dibentangkan kepada Kabinet dalam tempoh dua bulan,” katanya selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri NIOSH 2019 di sini, hari ini.

Majlis itu turut dihadiri Pengerusi NIOSH, Tan Sri Lee Lam Thye dan Pengarah Eksekutif NIOSH, Ayop Salleh.

“Melalui pengasingan ini, kementerian berharap NIOSH dapat memainkan peranan yang lebih mustahak dalam negara apabila menjadi badan bebas,” kata Kula Segaran.

Beliau berkata dengan kapasiti yang ada, NIOSH mampu memberi latihan bersesuaian kepada lebih ramai anak muda dan warga kerja bagi melahirkan pekerja berkemahiran tinggi setaraf negara maju lain.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Dr Md Farid pemimpin muda yang komited bawa idea pembaharuan dalam kerajaan - Aminolhuda

 
     

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     

Michael Wong Duta Pelancongan Perak

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel