Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

36 perkampungan Orang Asli terima khidmat klinik bergerak di N. Sembilan


Tarikh kemaskini: 27/06/2019





SEREMBAN, 27 Jun (Bernama) -- Sebanyak 36 perkampungan Orang Asli di kawasan pedalaman di negeri ini menerima perkhidmatan Klinik Bergerak yang merangkumi perkhidmatan pesakit luar, kesihatan ibu dan anak, penyakit kronik dan penyakit tidak berjangkit.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan negeri, S. Veerapan berkata Klinik Bergerak yang terdiri daripada pegawai perubatan dan paramedik itu mengadakan lawatan berkala sebanyak dua kali sebulan.

“Selain itu, program kesihatan lain yang disediakan seperti program Community Feeding atau Bakul Makanan, program Demo Masakan makanan berkhasiat, program Komuniti Sihat Perkasa Negara dijalankan di perkampungan Orang Asli tertentu bagi menangani penyakit kronik dan mempromosi gaya hidup sihat,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Veerapan berkata program Bekalan Air dan Kebersihan Alam Sekeliling turut disediakan di perkampungan Orang Asli.

“Setakat ini, dua kampung Orang Asli di daerah Seremban telah menerima bekalan air luar bandar melalui program ini dan lapan kampung Orang Asli di daerah Jelebu telah menerima bekalan air bersih melalui sistem bekalan air graviti (GFS).

“Pihak Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan akan sentiasa meningkatkan perkhidmatan kesihatan kepada masyarakat ini dengan kerjasama daripada agensi-agensi terlibat terutamanya pihak Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa),” katanya.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

MA63: Anwar beri jaminan selesai secara baik bila tiba giliran jadi PM

 
     

Sekolah di Selangor boleh dapatkan topeng muka di pejabat daerah dan ADUN

 
     

Jerebu: JPBN Sarawak bersedia sekiranya diumum darurat jerebu

 
     

Semua sekolah di Putrajaya dibuka esok

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel