Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Rumah terbakar, pasangan suami isteri tinggal sehelai sepinggang


Tarikh kemaskini: 27/06/2019





TUARAN, 27 Jun (Bernama) -- Sepasang suami isteri tinggal sehelai sepinggang apabila rumah dua tingkat separuh kekal yang didiami mereka musnah dalam kebakaran di Jalan Labuaya Topokon, berhampiran pekan Topokon di sini malam tadi.

Kejadian pada 8.15 malam itu, turut memusnahkan sebuah kenderaan jenis Mitsubishi Galant dan motosikal.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tuaran, Abdul Qawie Abdul Gapar berkata sejurus menerima panggilan kecemasan pada 8.20 malam, sebuah jentera dan kenderaan utiliti Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dengan kekuatan 10 anggota bergegas ke lokasi kejadian.

"Ketika tiba di lokasi, pemeriksaan pasukan bomba mendapati tiada mangsa terperangkap, manakala rumah berkenaan musnah 90 peratus," katanya, hari ini.

Beliau berkata, pasukan bomba segera melakukan operasi pemadaman dan api berjaya dikawal hampir sejam kemudian.

Katanya tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan berlaku dan operasi ditamatkan pukul 10.38 malam.

 -- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

Malaysia perlu rebut peluang bangun pelancongan mesra Muslim

 
     

Air terawat di Pulau Pinang antara paling bersih dan selamat di Malaysia

 
     

Sokongan keluarga, majikan cetus kejayaan penerima Anugerah Canselor

 
     

P. Pinang catat 384 kes rogol dari tahun 2014 hingga 2018

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel