Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Isu libatkan tindakan guru sebaiknya diselesaikan secara berhemah, jangan tularkan


Tarikh kemaskini: 27/06/2019





SEREMBAN, 27 Jun (Bernama) -- Sebarang isu melibatkan pihak sekolah, khususnya tindakan guru terhadap para pelajar seharusnya tidak ditularkan di media sosial, sebaliknya harus diselesaikan secara berhemah dengan pihak sekolah bagi mengelakkan sesuatu isu itu menjadi lebih serius.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Wira Dr Md Farid Md Rafik berkata ia juga bagi mengelak sesuatu perkara itu bertukar menjadi isu perkauman apabila perkara berkenaan mendapat raspons secara emosi oleh netizen di media-media sosial.

“Jangan mudah mempermainkan isu perkauman, apa yang berlaku (kes pelajar dirotan guru) tiada kaitan dengan isu perkauman, ia hanya melibatkan antara guru, pelajar dan ibu bapa.katanya kepada pemberita selepas majlis Ramah Mesra Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Perpaduan Negara Dan Kesejahteraan Sosial) dan Sambutan Hari Guru Zon Tengah 2019 di sini, hari ini.

“Segala permasalahan seperti ini kalau boleh dari awal tidak perlu ditularkan, jangan letak di Facebook atau mana-mana sosial media sebaliknya bawa berunding dengan pihak sekolah dan pihak berkuasa tempatan yang berkaitan,” tambahnya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas isu seorang guru merotan pelajar perempuan hingga menyebabkan bahagian lengan dan peha pelajar berkenaan terbirat, di Johor Bahru, pada Isnin lepas dan perkara itu telah tular di Facebook sekaligus mendapat pelbagai reaksi dikalangan netizen.

Menurutnya Md Farid berkata apabila ditularkan perkara-perkara sebegitu, ramai di kalangan netizen akan terikut-ikut, atau mungkin ada yang melatah dan mengaitkannya dengan isu perkauman.

-- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

Raja Permaisuri Agong berkenan rasmi Festival Busana Tradisional Kreatif KL 2019

 
     

Kematian pesakit Zika di Perak mungkin akibat virus tempatan

 
     

PM: Kerajaan akan kaji sistem rel dan contohi kecekapan Stesen Tokyo

 
     

15,000 dijangka hadir majlis rumah terbuka Deepavali di Ipoh

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel