Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Terengganu rancang wujudkan ‘pasar terapung' tahun depan


Tarikh kemaskini: 27/06/2019





KUALA TERENGGANU, 27 Jun (Bernama) -- Bagi menarik kehadiran lebih ramai pengunjung ke Terengganu, kerajaan negeri merancang untuk mewujudkan pasar terapung atau ‘floating market’ yang pertama di sini, tahun depan.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Komunikasi negeri, Ariffin Deraman berkata pasar terapung itu akan diwujudkan di pinggiran muara Sungai Terengganu dan berdekatan dengan jambatan angkat (drawbridge), namun lokasi tepatnya masih di peringkat perbincangan.

“Kami (kerajaan negeri) masih berbincang tempatnya dan jumlahnya. Ia akan bersekali dengan apa telah ada di pinggiran muara sungai (Sungai Terengganu) seperti jambatan angkat dan Taman Tamadun Islam,” katanya ketika ditemui pemberita pada Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran PAS Terengganu, di sini hari ini.

Beliau berkata kerajaan negeri juga masih membincangkan konsep pasar terapung itu, selain mengkaji kelebihan dan kelemahan beberapa pasar terapung sedia ada seperti di Hatyai, Thailand.

Sementara itu, Menteri Besar Terengganu Dr Ahmad Samsuri Mokhtar yang turut ditemui di majlis Rumah Terbuka berkenaan berkata kerajaan negeri menyambut baik inisiatif Persatuan Luncur Udara Terengganu (PLUT) dengan kerjasama Hiking Maras Committee menganjurkan ‘Open Fun Fly Paragliding Bukit Maras 2019’ selama tiga hari yang bermula esok di Bukit Maras, Kuala Nerus.

“Kerajaan negeri menyambut baik inisiatif mana-mana operator untuk berbincang dengan kita bagi menguruskan pelaksanaan acara. Bukan kita hendak laksanakan sendiri, tetapi untuk memudahkan supaya apa-apa berlaku ia dapat ditangani dengan cara terbaik,” katanya.

Acara itu bakal menghimpunkan kira kira 70 peserta dari Thailand, Kanada, Singapura, Sepanyol, Amerika Syarikat, Perancis, Iran, Indonesia, Filipina, Jerman, di samping negara tuan rumah Malaysia.

-- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

Gajah mati ditembak: tiga lagi didakwa

 
     

Jalan sekitar Ipoh ditutup sempena Rumah Terbuka Malaysia Deepavali 2019

 
     

Beruang matahari diselamatkan dari rumah panjang di Betong

 
     

Zaman persekolahan nakal tapi hormat ibu bapa, guru - KPN

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel