Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Raja Permaisuri Agong terima Warkah Persilaan ke Majlis Lembaran Emas


Tarikh kemaskini: 27/06/2019





KUCHING, 27 Jun (Bernama) -- Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan menerima menghadap isteri Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Juma'ani Tun Tuanku Bujang, merangkap Penaung Projek Inovasi dan Songket Keringkam Sarawak, di Istana Negara, semalam.

Juma’ani serta rombongan datang menghadap bagi mempersembahkan Warkah Persilaan ke Majlis Lembaran Emas : Songket dan Keringkam Sarawak yang akan diadakan pada 5 Julai ini di Dewan Undangan Negeri Sarawak, Kuching, kepada Raja Permaisuri Agong.

Pertemuan bersama Raja Permaisuri Agong yang berlangsung selama satu jam itu antara lainnya membincangkan mengenai program Majlis Lembaran Emas sebagai platform untuk memartabatkan industri songket dan keringkam ke persada dunia. 

Menurut satu kenyataan, pertemuan tersebut juga membincangkan perkara bagi meningkatkan industri tekstil tudung keringkam dan songket di Sarawak secara khusus dan Malaysia amnya. 

“Rombongan turut diraikan dalam majlis santapan tengah hari bersama Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah.

”Turut serta bersama rombongan adalah Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Transformasi Prestasi dan Penyampaian Perkhidmatan) Datuk Dr Sabariah Putit, ?Pemangku Pengarah Unit Komunikasi Awam Sarawak, Datuk Norhayati Mohd Ismail, dan Pengarah Unit Protokol dan Pengurusan Acara Negeri Sarawak, Azlan Ali Badri,” kata kenyataan itu.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Nelayan hilang ditemui lemas di Kuala Dungun pagi ini - bomba

 
     

Pekan Rantau Panjang kembali pulih

 
     

Pesta Pulau Pinang sasar 500,000 pengunjung

 
     

Malaysia perlu rebut peluang bangun pelancongan mesra Muslim

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel