Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Tekun Nasional bakal wujudkan hub usahawan di Kelantan


Tarikh kemaskini: 27/06/2019





TANAH MERAH,  27 Jun (Bernama) -- Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) Nasional  telah menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) dengan sebuah syarikat swasta bagi membangunkan sebuah pusat hub usahawan di Kelantan.

Pengerusinya Datuk Seri Mohamad Suparadi Md Noor berkata pusat itu akan diwujudkan sebelum hujung tahun ini dengan menempatkan 4,000 usahawan khususnya pemborong.

"Sekarang ini kami dalam proses menandatandangi berberapa dokumen antaranya melibatkan hak milik tanah, dan hak milik bangunan bagi memastikan projek ini berjalan lancar.

"Dengan wujudnya hub usawahan, ia akan dapat menjana pendapatan keseluruhan tidak kurang RM100 juta sebulan kepada usahawan-usahawan yang terlibat dalam projek itu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Potensi Kanak-kanak Tabika Kemas Peringkat Daerah di Sekolah Kebangsaan (SK) Gual Ipoh di sini,  hari ini. 

Mohamad Suparadi berkata pelaksanaan hub usahawan itu bertujuan untuk membantu golongan usahawan mendapatkan barangan perniagaan dengan harga murah berbanding sebelum ini.             

"Kalau kita lihat keadaan sekarang, ramai usahawan tertumpu di Kuala Lumpur atau pergi terus ke negara China dengan kos tinggi untuk mendapatkan bekalan perniagaan mereka. Dengan hub usahawan pemborong ini kami akan menjadi rakan barang-barang borong yang lebih murah daripada mengambilnya dari negara China," katanya.

Beliau berkata hub usahawan itu turut membuka peluang kepada golongan belia khususnya kepada siswazah yang tiada kerja untuk melibatkan diri dalam perniagaan.

"Kami mahu membentuk dan membantu golongan ini kearah mewujudkan usahawan digital yang bersesuaian dengan kewujudan hub usahawan ini," katanya. 

Katanya Kelantan bertuah kerana dipilih untuk pelaksanaan hub usahawan itu bersesuaian dengan budaya masyarakat negeri yang mempunyai semangat perniagaan yang tinggi. 

"Kalau kita kaji daripada jumlah pasar malam berbanding negeri lain, Kelantan paling banyak pasar-pasar begini, dimana peniaga sebelum ini mengambil barang dari luar negeri dan luar negara, oleh itu kami fikir hub usahawan ini perlu dibina di negeri Kelantan," katanya. 

-- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

Sultan Perak berkenan berangkat ke Majlis Bersama Rakyat di Gopeng

 
     

7,000 murid KAFA cipta rekod MBOR, hasilkan peta minda terbanyak

 
     

HOSHAS catat sejarah pembedahan katarak terbesar dalam dua hari

 
     

Terapi seni penjara beri kesan positif pada banduan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel