Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Turun padang ke kawasan pedalaman jadi keutamaan SUP Sabah


Tarikh kemaskini: 27/06/2019





KOTA KINABALU, 27 Jun (Bernama) -- Pendekatan turun padang ke kawasan pedalaman menjadi keutamaan kepada Setiausaha Persekutuan (SUP) Sabah Datuk Samsuni Mohd Nor bagi mendekati dan memahami kehendak masyarakat di kawasan itu.

Menerusi pendekatan itu juga, katanya, dapat disampaikan dasar-dasar kerajaan persekutuan secara terus kepada masyarakat di kawasan pedalaman.

Beliau akan mula ke kawasan pedalaman di negeri ini pada bulan depan bagi menjelaskan dasar kerajaan persekutuan dan mendengar sendiri harapan rakyat Sabah.  

"Memang dari dulu saya bukan hanya bekerja di dalam pejabat dan menerima kunjungan hormat tetapi sentiasa turun padang," katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Rakaman Rancangan Khas Salam Aidil Fitri RTM Sabah di sini, hari ini.

Hadir sama, Timbalan Ketua Pengarah Penyiaran (Strategik) Nor Yahati Awang dan Pengarah Penyiaran Negeri Sabah Malinaziah Datu Mohd Julasbi.

Samsuni dilantik sebagai Setiausaha Persekutuan Sabah yang baharu sejak 17 Jun lepas menggantikan Nor Azri Zulfakar yang dilantik  menjadi Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri.

Beliau sebelum ini merupakan Ketua Pegawai Maklumat (CIO) dan Setiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan) Kementerian Komunikasi dan Multimedia.

Samsuni berkata ia juga merupakan hasrat Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, dalam satu perjumpaan baru-baru ini yang mahu beliau mendekati dan memahami kehendak masyarakat di pedalaman negeri ini.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Nelayan hilang ditemui lemas di Kuala Dungun pagi ini - bomba

 
     

Pekan Rantau Panjang kembali pulih

 
     

Pesta Pulau Pinang sasar 500,000 pengunjung

 
     

Malaysia perlu rebut peluang bangun pelancongan mesra Muslim

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel