Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Sekolah rendah berusia 193 tahun di Pulau Pinang dapat kemudahan digital


Tarikh kemaskini: 27/06/2019





GEORGE TOWN, 27 Jun (Bernama) -- Sebanyak RM48,800 akan diperuntukkan bagi membangunkan kemudahan hab digital di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Gelugor, sebuah sekolah rendah di Pulau Pinang yang telah ditubuhkan sejak 1826.

Anggota Parlimen Bukit Gelugor Ramkarpal Singh berkata hari ini, dana itu yang merupakan peruntukan untuk kawasan parlimennya akan diagihkan secara berperingkat-peringkat di mana RM8,853 telah diagihkan pada bulan Mei tahun lepas bagi tujuan pembelian perkakasan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dan hiasan.

“Fasa kedua membabitkan jumlah RM12,950 adalah bagi tujuan pembelian peralatan untuk bilik ICT, yang mana fasa berikutnya adalah sebanyak RM18,990 untuk kos pembelian 10 buah komputer riba dan pemasangan perisian untuk hab digital tersebut. Kedua-dua fasa itu akan dilaksanakan tahun ini,” kata beliau pada sidang media di sekolah itu hari ini.

Baki dua lagi fasa dijangka menbelan kos kira-kira RM8,000 untuk kemudahan itu yang dijangka dapat disiapkan menjelang 2021.

Kemudahan itu telah diberi nama rasmi Hab Digital Karpal Singh hari ini sebagai memperingati mendiang Karpal Singh yang juga bekas Anggota Parlimen Bukit Gelugor, pada satu majlis yang turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Perancangan Bandar dan Desa negeri  Jagdeep Singh Deo, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) Datuk Yew Tung Seang dan Anggota Dewan Undangan Negeri Seri Delima Syerleena Abdul Rashid.

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

Ubah suai program di IPT untuk kurangkan kadar pengangguran

 
     

MBM cadangkan supaya ijazah graduan protes ketika graduasi ditahan sehingga mohon maaf

 
     

PPIK - KPDNHEP bincang isu tarik kereta

 
     

Kes Letupan CityOne Megamall : Bicara pengarah mulai 28 Jan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel