Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Wanita maut terkena renjatan elektrik ketika petik mangga


Tarikh kemaskini: 27/06/2019





LAHAD DATU, 27 Jun (Bernama) -- Seorang wanita warga emas maut terkena renjatan elektrik ketika memetik mangga di kebunnya di Kampung Terusan, Jalan Lahad Datu-Kunak di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, ACP Nasri Mansor berkata mangsa, Sarimah Dalam, 58, dipercayai memetik buah itu dari pokoknya menggunakan alat menjolok diperbuat daripada logam pada 10 pagi.

"Tanpa disedari mangsa, sewaktu mengambil mangga itu, alat itu tersangkut pada wayar elektrik di kawasan berkenaan.

"Mangsa yang terkena renjatan elektrik kemudian rebah," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Nasri berkata, mangsa yang ditemui keluarganya terbaring kemudian dikejarkan ke Hospital Lahad Datu dan doktor bertugas mengesahkan mangsa meninggal dunia akibat melecur 90 peratus.

-- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

Malaysia perlu rebut peluang bangun pelancongan mesra Muslim

 
     

Air terawat di Pulau Pinang antara paling bersih dan selamat di Malaysia

 
     

Sokongan keluarga, majikan cetus kejayaan penerima Anugerah Canselor

 
     

P. Pinang catat 384 kes rogol dari tahun 2014 hingga 2018

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel