Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Masalah Klinik Kesihatan Kampung Simee: Kerajaan negeri cari penyelesaian


Tarikh kemaskini: 27/06/2019





IPOH, 27 Jun (Bernama) -- Kerajaan negeri akan mencari jalan penyelesaian kepada beberapa masalah di Klinik Kesihatan Kampung Simee di sini termasuk parkir, kata Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Hal Ehwal Pengguna, Integrasi Nasional dan Sumber Manusia negeri, A. Sivanesan.

Beliau berkata menerusi lawatannya ke klinik kesihatan berkenaan, terdapat tiga isu utama yang perlu diberi perhatian iaitu status bangunan farmasi, kekurangan kakitangan serta parkir.

"Bagi bangunan farmasi, projek tersebut sedang dalam pembinaan dan kini telah siap kira-kira 80 peratus, kita jangkakan akan siap sepenuhnya hujung tahun ini.

"Bagi masalah parkir, kita akan merujuk kepada kerajaan negeri serta Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (SSI) sekiranya ada tanah kita akan bina parkir bertingkat," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke Klinik Kesihatan Kampung Simee di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Sivanesan berkata sekiranya tiada tanah milik kerajaan negeri atau SSI di kawasan berkenaan, beliau akan berbincang dengan pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perak untuk benarkan pesakit meletakkan kereta kawasan jabatan berkenaan berikutan ia terletak berhadapan dengan klinik tersebut atau pihak polis agar membenarkan parkir di bahu jalan.

"Bagi isu kekurangan kakitangan kita akan berbincang dengan pihak Perkhidmatan Awam (JPA) mengenai perkara itu," katanya.

Klinik Kesihatan Kampung Simee yang mula beroperasi pada tahun 1977 kini menerima kira-kira 500 pesakit setiap hari.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Usaha memanjangkan LTSAS akan bermula tahun hadapan

 
     

Raja Permaisuri Agong berkenan rasmi Festival Busana Tradisional Kreatif KL 2019

 
     

Kematian pesakit Zika di Perak mungkin akibat virus tempatan

 
     

PM: Kerajaan akan kaji sistem rel dan contohi kecekapan Stesen Tokyo

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel