Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Pemilik tanah didenda RM1,000 jadikan tanahnya tempat pembuangan sampah haram


Tarikh kemaskini: 27/06/2019





BUKIT MERTAJAM, 27 Jun (Bernama) -- Seorang pemilik tanah didenda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah membenarkan tanahnya dijadikan tempat longgokan sampah haram.

H’ng Boon Chai, 65, membuat pengakuan itu ketika pertuduhan dibacakan terhadapnya dalam bahasa Hokkien di hadapan Majistret Shamsol Azwa Martadza.

Mahkamah turut memerintahkan H’ng memindahkan kesemua sampah di sembilan lot tanah berkeluasan kira-kira 20.33 hektar di Mukim 16, Bukit Teh itu ke tempat pelupusan sampah dalam tempoh 14 hari berkuat kuasa hari ini serta mengemukakan bukti pemindahan sampah itu kepada Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP).

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa membenarkan tanahnya dijadikan tempat longgokan sampah haram yang berpotensi menjadi tempat pembiakan nyamuk serta menimbulkan kacau ganggu dari segi kebersihan di sekitar tanah akibat daripada pengumpulan sampah haram tersebut. 

Dia yang didakwa di bawah Seksyen 82 (1) Akta Kerajaan Tempatan 1976, melakukan perbuatan tersebut pada 11.45 pagi 20 Mac lepas dan dihukum di bawah Seksyen 82(5) akta sama yang memperuntukkan denda maksimum RM1,000 atau penjara sehingga enam bulan atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa dari MPSP Siti Rahmah Md Yusoff manakala H’ng diwakili  peguam Franchis Goh.

-- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

Kastam Kelantan rampas pil kuda bernilai RM2.7 juta

 
     

Penjawat awam Kedah dapat bayaran khas RM750

 
     

Usaha memanjangkan LTSAS akan bermula tahun hadapan

 
     

Raja Permaisuri Agong berkenan rasmi Festival Busana Tradisional Kreatif KL 2019

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel