Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Bahan pembelajaran alternatif kepada murid sekolah Pasir Gudang


Tarikh kemaskini: 27/06/2019




JOHOR BAHRU, 27 Jun (Bernama) -- Jabatan Pendidikan Negeri (JPN)  Johor telah menyediakan pelbagai bahan pembelajaran alternatif kepada murid-murid sekolah di Pasir Gudang yang terjejas berikutan pencemaran bagi memastikan proses pembelajaran dapat dijalankan secara berterusan.

Pengarahnya Azman Adnan berkata guru-guru telah menyediakan bahan alternatif itu menerusi aplikasi Whatsapp, Telegram, emel, Persekitaran Pembelajaran Maya (VLE) dan Eduweb Tv.

Selain itu, buku teks, buku latihan, dan aktiviti serta modul-modul sedia ada juga diberikan sebagai bahan pembelajaran di luar sesi sekolah.

“Bahan pembelajaran ini disediakan bagi memastikan murid-murid masih memperoleh pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan.

“Ibu bapa dan penjaga juga boleh memantau dan membimbing murid-murid sepanjang tempoh sekolah ditutup supaya mereka dapat meneruskan proses pembelajaran di rumah,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.            

Menurutnya, JPN juga mengambil inisiatif dengan memastikan sekolah menyediakan jadual ganti terancang agar peruntukan masa instruksional ( belajar)  setahun dipenuhi.

“Selain itu, terdapat sekolah yang tidak terjejas khususnya di daerah berhampiran turut menerima murid kelas peperiksaan mengikuti sesi pembelajaran di sekolah tersebut sebagai satu langkah khidmat sokongan kepada murid yang terjejas.

“Kita juga mengharapkan langkah-langkah yang dilaksanakan oleh warga pendidik ini akan terus memberi impak kepada proses pembelajaran murid,” katanya.

Azman berkata demikian sebagai mengulas kebimbangan ibubapa terhadap pembelajaran anak mereka terutama yang bakal menduduki peperiksaan besar tahun ini.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

MA63: Anwar beri jaminan selesai secara baik bila tiba giliran jadi PM

 
     

Sekolah di Selangor boleh dapatkan topeng muka di pejabat daerah dan ADUN

 
     

Jerebu: JPBN Sarawak bersedia sekiranya diumum darurat jerebu

 
     

Semua sekolah di Putrajaya dibuka esok

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel