Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Boleh makan durian di kebun Uncle Heng


Tarikh kemaskini: 27/06/2019





MELAKA, 27 Jun (Bernama) -- Pemilik kebun durian di Tiang Dua, Melaka, Tan Kung Tai, 58, atau mesra dipanggil ‘Uncle Heng’ menawarkan orang ramai yang berminat untuk membeli durian supaya datang ke kebunnya untuk memilih sendiri buah segar yang baru gugur.

Uncle Heng berkata beliau pada mulanya hanya menjual durian secara kecil-kecilan di depan kebunnya, namun menerima banyak permintaan daripada orang ramai yang mahu menikmati buah itu dalam kebunnya.

Disebabkan itu, perniagaannya mula meningkat sejak empat tahun lepas walaupun peminat “raja buah” itu boleh mendapatkannya di mana-mana sahaja kerana ramai peniaga yang menjualnya di tepi-tepi jalan setiap tiba musim durian.

Untuk memudahkan pengunjung, Uncle Heng memasang dua khemah besar di kebunnya, katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Beliau mempopularkan Gerai Malacca Durian Heng itu, yang terletak 16.2km atau kira-kira 18 minit perjalanan dari Plaza Tol Ayer Keroh di sini dengan bantuan anak bongsunya, yang hanya mahu dikenali sebagai Ah Yew, 21, melalui laman sosial ‘Facebook’ .

Menurut Uncle Heng, peminat durian yang datang ke kebunnya bukan sahaja dari Malaysia, bahkan dari negara lain seperti Taiwan dan Hong Kong.

Ah Yew pula berkata beliau mula membantu bapanya dalam perniagaan durian itu selepas tamat bersekolah tingkatan lima.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Dr Md Farid pemimpin muda yang komited bawa idea pembaharuan dalam kerajaan - Aminolhuda

 
     

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     

Michael Wong Duta Pelancongan Perak

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel