Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Pelantikan tiga pegawai KBS ke dalam LDEC MPM tak sah


Tarikh kemaskini: 26/06/2019





KUALA LUMPUR, 26 Jun (Bernama) -- Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menegaskan bahawa pelantikan tiga pegawai daripada agensi di bawah kementerian tersebut ke dalam Jawatankuasa Perundangan, Disiplin dan Etika (LDEC) Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) tidak mendapat kelulusan dari kementerian itu.

Merujuk kepada pelantikan Mohd Safrushahar Yusuff dari Majlis Sukan Negara (MSN), Mohd Izwandy Ismail dari KBS dan Asmadi Mohamad dari Pejabat Pesuruhjaya Sukan (PJS), KBS berkata bahawa pihaknya tidak dimaklumkan tentang pelantikan mereka.

“Tiga pegawai yang dilantik ini juga tidak dimaklumkan tentang pelantikan, seperti yang dinyatakan dalam emel tersebut. KBS bertegas menyatakan bahawa mana-mana organisasi yang berhasrat untuk melantik pegawai KBS mewakili KBS, perlulah mendapat persetujuan Pengurusan Tertinggi KBS.

“KBS tidak akan campur tangan dalam urusan urus tadbir mana-mana organisasi seperti MPM,” menurut kenyataan yang dihantar lewat malam, merujuk kepada emel Presiden MPM, SM Nasarudin SM Nasimuddin yang dihantar kepada exco majlis itu pada 21 Jun.

Dalam emel berkenaan, Nasarudin berkata beliau melantik Mohd Safrushahar (pengerusi), Asmadi dan Mohd Izwandy ke dalam LDEC untuk memantau pemilihan MPM pada Sabtu ini, sebagai ahli berkecuali bagi memastikan pemilihan diadakan dengan tanpa bias dan adil.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

JAS Johor pergiat pemantauan di sungai tercemar, kritikal di Pasir Gudang

 
     

Libatkan nama bekas MB sebagai calon PH Tanjung Piai, cubaan gugat keharmonian PH

 
     

Kastam Kelantan rampas pil kuda bernilai RM2.7 juta

 
     

Penjawat awam Kedah dapat bayaran khas RM750

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel