Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

KPDNHEP Sabah rampas dakwat tiruan bernilai RM800,000


Tarikh kemaskini: 26/06/2019





KOTA KINABALU, 26 Jun (Bernama) -- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Sabah merampas dakwat tiruan bernilai RM800,000 dalam serbuan di sebuah premis di Jalan Bundusan Penampang, hari ini.

Timbalan Pengarah KPDNHEP Sabah Ravichandran Vadivellu berkata tiga wanita dan dua lelaki berusia antara 20 hingga 50 tahun turut ditahan dalam serbuan di premis yang dijadikan tempat penyimpanan barang tiruan tersebut.

Katanya serbuan dilakukan pada jam 4 petang berdasarkan aduan diterima daripada pihak yang menjadi wakil sah Samsung, HP dan Canon.

Rampasan dilakukan di bawah Akta Perihal Dagangan 2013, katanya dalam satu kenyataan di sini.

Dalam pada, Ravichandran berkata kementeriannya telah membuat 40,800 pemeriksaan di seluruh negeri ini dan mengesan 974 kes pelbagai akta sejak Januari lepas hingga semalam.

Katanya ia membabitkan nilai rampasan sebanyak RM2.4 juta dan nilai kompaun sebanyak RM235, 530.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Nelayan hilang ditemui lemas di Kuala Dungun pagi ini - bomba

 
     

Pekan Rantau Panjang kembali pulih

 
     

Pesta Pulau Pinang sasar 500,000 pengunjung

 
     

Malaysia perlu rebut peluang bangun pelancongan mesra Muslim

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel