Aqm8FMXEf3Y Guna pakai pengurusan makhluk perosak bersepadu dalam perladangan perlu dipercepat
Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Guna pakai pengurusan makhluk perosak bersepadu dalam perladangan perlu dipercepat


Tarikh kemaskini: 26/06/2019





Oleh Muhammad Saufee Rosman

KUALA LUMPUR, 26 Jun (Bernama) -- Pihak berkuasa perlu percepatkan  guna pakai strategi Pengurusan Makhluk Perosak Bersepadu (IPM) dalam industri pertanian yang menumpukan pada kawalan biologi untuk membantu meningkatkan hasil pertanian tempatan dieksport ke pasaran global.

Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif Agronomic Biological Solutions R.M. Ravichandar berkata IPM amat penting dalam memastikan bekalan sayur-sayuran bebas bahan kimia yang mengancam kesihatan manusia.

"IPM merupakan strategi berasaskan ekosistem yang menumpukan pada makhluk perosak tanaman atau kemusnahan disebabkannya menerusi gabungan pelbagai teknik.

“Jika kebaikan IPM diabaikan, Malaysia akan terus mengeksport makanan dan sayuran mengandungi bahan kimia ke negara lain," katanya kepada Bernama dan Bernama News Channel di sini, hari ini.

Jika Malaysia ketinggalan dalam teknologi ini, petani tempatan adalah pihak yang terjejas teruk kerana mereka tidak dapat memasarkan hasil pertanian mereka ke peringkat global, katanya.

Ravichandar berkata ini juga akan menjejaskan ekonomi negara kerana negara lain telah lama mengguna pakai teknologi IPM.

"Contohnya, Singapura telah melabur dalam teknologi baharu ini untuk memeriksa tahap sisa bahan kimia pada sayuran dan telah melabur hampir S$120 juta (S$1=RM3.06) untuk tujuan itu.

"Oleh itu, kita yang akan kerugian sekiranya kita terus menggunakan bahan kawalan kimia atau semburan kimia untuk memerangi makhluk perosak tanaman dan sebaik sahaja bahan kimia itu ditemukan pada hasil pertanian (sayuran), mereka  (Singapura) akan berhenti mengimport produk kita," katanya.

Ravichandar turut mencadangkan supaya petani dididik mengenai kebaikan teknologi IPM dan percaya bahawa pihak berkuasa patut pertimbangkan dengan serius untuk memperkenalkan pendekatan itu sebagai modul wajib dalam latihan pertanian.

"Sebagai contoh, apabila Agrobank memberikan pinjaman kepada peminjam (petani), kaedah IPM patut dimasukkan sebagai satu daripada syarat sebelum pinjaman diluluskan supaya amalan pertanian baik dimulakan dari hari pertama lagi," katanya.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

PPIK - KPDNHEP bincang isu tarik kereta

 
     

Kes Letupan CityOne Megamall : Bicara pengarah mulai 28 Jan

 
     

SPR terpaksa guna pakai persempadanan semula tahun lepas

 
     

Pemanis sokong saranan Anwar Ibrahim semua majlis anjuran kerajaan wajib guna Bahasa Melayu

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel