Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Polis tahan tujuh individu termasuk tiga wanita berjudi di tempat awam


Tarikh kemaskini: 26/06/2019





SEREMBAN, 26 Jun (Bernama) -- Polis menahan tujuh individu termasuk tiga wanita atas kesalahan berjudi dengan menjadikan sebuah kedai kopi tempat awam sebagai lokasi.

Ketua Polis Daerah Port Dickson Supt Aidi Sham Mohammed berkata kesemua mereka ditahan kira-kira pukul 3 petang semalam selepas sepasukan Polis dari IBu Pejabat Polis Daerah Port Dickson bersama anggota Balai Polis Bukit Pelandok menjalankan serbuan ke premis terbabit di Jalan Kampung Chuah Bakar Arang Port Dickson, dekat sini. 

“Tujuh yang ditahan termasuk dua lelaki Melayu berusia lingkungan 50 hingga 84 tahun. Kesemua mereka mengaku bermain mahjong dan jinrami. 

“Siasatan yang dijalankam mendapati mereka menjadikan kedai kopi tempat awam untuk bermain judi. Kegiatan ini berlaku sejak beberapa bulan lalu walaupun telah beberapa kali diserbu,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini. 

Katanya kesemua suspek ditangkap di bawah Seksyen 7(2) Akta Rumah Judi Terbuka dan akan dituduh di Mahkamah Majistret Port Dickson, esok.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

LZS akan terus beri kerjasama kepada SPRM dalam siasatan libatkan dana LZS dan RTM

 
     

APM NS sedia hadapi sebarang kemungkinan bencana

 
     

Dr Mahathir, isteri cetus keterujaan di Pantai Chenang

 
     

Anwar setuju tindakan polis tahan individu dikaitkan dengan keganasan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel