Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Usaha terbitkan 'Buku Biru' perlu libatkan pakar, ahli akademik Malaysia-China - DBP


Tarikh kemaskini: 26/06/2019





KUALA LUMPUR, 26 Jun (Bernama) -- Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) menegaskan hasrat kerjasama penerbit dari China untuk menerbitkan ‘Buku Biru’ mengenai sejarah dan pembangunan Malaysia perlu dilakukan secara bersama dengan penglibatan pakar dan ahli akademik kedua-dua negara.

Pengerusi Lembaga Pengelola DBP  Prof Datuk Dr Mohamed Hatta Shaharom berkata ini bagi memastikan penerbitan yang dihasilkan itu memenuhi kehendak dan matlamat kedua-dua belah pihak serta ditulis berdasarkan fakta dan maklumat yang tepat dan betul.

“Penulisan sejarah dan pembangunan negara ini tidak boleh ditulis sewenang-wenangnya, khususnya oleh ahli akademik luar negara yang memungkinkan manipulasi fakta tanpa mengira perspektif sarjana dan sejarawan tempatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau menarik perhatian bahawa pada majlis penyerahan manuskrip ‘Tafsiran Ekonomi Baharu Republik China’ di ibu negara baru-baru ini, DBP dengan jelas menyatakan tidak akan membiarkan pakar China menulis mengenai sejarah dan pembangunan Malaysia tanpa penglibatan pakar tempatan.

Mohamed Hatta seterusnya berkata DBP akan menghimpunkan pakar dan ahli akademik negara ini untuk memberi sumbangan dan idea dalam menjayakan kerjasama penerbitan itu.

"Malah kerjasama ini boleh diperluas dalam penulisan mengenai kedua-dua negara dari segi ekonomi, budaya, bahasa, sejarah, sains dan teknologi," katanya.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Raja Permaisuri Agong berkenan rasmi Festival Busana Tradisional Kreatif KL 2019

 
     

Kematian pesakit Zika di Perak mungkin akibat virus tempatan

 
     

PM: Kerajaan akan kaji sistem rel dan contohi kecekapan Stesen Tokyo

 
     

15,000 dijangka hadir majlis rumah terbuka Deepavali di Ipoh

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel